Tertulis kematian pada suratan kehidupan. Semoga rohmu ditempatkan bersama para solihin.
Terkejut besar saya semalam apabila mendengar berita tentang pemergian vokal utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi semalam.
Allahyarham Asri Ibrahim dilaporkan pengsan ketika membuat persembahan dalam program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital.
Terasa kehilangan yang amat besar dalam bidang nasyid dengan pemergian Allahyarham, seorang munsyid yang mempunyai suara lunak sehingga digelar bersuara 'emas'. Kali terakhir saya berpeluang jumpa dengan Allahyarham ketika 'shoot' untuk Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos lepas. Sungguh pantas masa berlalu. Semoga semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan Allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak pernah putus.
Baca berita : Harakahdaily
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Al-fatihah.. Pergi xkembali? Mereka yg dah "pergi" semua dah rasa apa itu mati.. Tinggal kita yg msh idup aja.. Entah nikmat atau azab? Subhanallah.. Khabarnya dalam paper kosmo! sbelum arwah pengsan dia sempat sebut nama "ALLAH".. Inikah satu petanda di mana bila amalan zikrullah dijadikan rutin harian? Hanya DIA jua mengetahui.. Semoga kita semua dalam limpahan rahmatNya sentiasa. Mohon berlindung dari azab seksaanNya.. Nauzubillah
ReplyDelete