Tutorial 4 : Khat Nasakh

by Firdaus Mahadi

Huruf ع، غ


Dalam tutorial khat nasakh keempat ini saya menunjukkan cara menulis huruf 'ain, huruf 'ain boleh dikatakan agak susah untuk membentuk dan menulisnya, memerlukan seseorang penulis untuk melakukan lebih latih tubi bagi memahirkan lagi dan melicinkan kaedah huruf. Penulisan asas huruf ini amat penting sebelum belajar membuat huruf sambungan, dan apabila dapat menguasai kaedah huruf 'ain ini insyaAllah akan menjadi mudah untuk menulis huruf ha, kha, dan yang seumpama dengannya.

Sesiapa sahaja ada pertanyaan atau apa-apa persoalan mengenai tutorial ini bolehlah dikemukakan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu.

Selamat Mencuba


| callidesign™ |
Forum Senikhat Malaysia

12 comments

  1. zaidi mn Said,

    assalamualaikum wbr.nak tahu cara nulis huruf "ain dari kepala duluke atau leher dulu?

    Posted on September 10, 2008 3:58 PM

     
  2. Wa'alaikumussalam, mulakan dengan bahagian kepala dulu, spt dlm contoh di atas, untuk permulaan peringkat belajar, bolehla lakar dulu bentuk 'ain itu sebelum ditulis menggunakan pen khat :)

    Posted on September 18, 2008 12:00 PM

     
  3. denny Said,

    assalamualaikum,

    luar biasa anda menguasai ilmu kaligrafi seperti ini, saya dari negri sebrang juga ingin belajar dan diantar google kesini. Terima kasih ulasannya ditunggu tutornya untuk seluruh huruf ya

    terima kasih

    Posted on December 19, 2008 8:59 AM

     
  4. Atikah Said,

    Assalamualaikum...

    Minta kebenaran Firdaus untuk copy tutorial nie untuk simpanan... boleh?

    Posted on January 8, 2009 9:18 AM

     
  5. (Denny) Terima kasih sudi ziarah, insyaAllah tutorial akan diteruskan sedikti masa lagi, sama-sama belajar disini, sy tunjukkan dan ajarkan apa yg termampu dan apa yg sy tahu...terima kasih :)

    (Atikah) Wa'alaikumussalam, insyaAllah boleh disimpan untuk kegunaan sendiri, tapi sy harap tidak di post di mana² forum atau blog...terima kasih :)

    Posted on January 8, 2009 9:55 AM

     
  6. Atikah Said,

    Terima kasih Firdaus, InsyaAllah untuk kegunaan sendiri jer... tak akan di postkan dimana2 blog or forum atas amanah yang awak bagi... nak belajar... nampak cantik jer... tapi tak tahu ler saya buat cantik tak.. :)

    Posted on January 8, 2009 11:36 AM

     
  7. Sama-sama, insyaAllah, kalau rajin berlatih dan tak jemu, pasti berhasil :) tapi yg pnting tidak lari dari qawaid penulisan yg sebenar ;) selamat berusaha!

    Posted on February 4, 2009 2:39 PM

     
  8. Anonymous Said,

    assalamuaikum....
    boleh sy hendak mendapat pndapt tuan tntang abjad kaligrafi dijadikan arca mobail.....

    Posted on August 28, 2009 11:34 PM

     
  9. Wa'alaikimussalam,
    InsyaAllah boleh....untuk apa² pertanyaan silalah email pd sy, klik shj pd button contact di sebelah kiri ;)

    Posted on August 29, 2009 12:49 AM

     
  10. zamir Said,

    ustz,sye mmpunyai ksukaran tuk membentuk hujung huruf yg tajam

    Posted on October 20, 2009 9:24 AM

     
  11. untuk membentuk hujung huruf yang tajam, biasanya bagi yang baru bermula utk menulis, digalakkan untuk melukis, sepertimana contoh yang sy tunjuk di atas

    Posted on October 20, 2009 10:25 AM

     
  12. zamir Said,

    salam ustz,..bila sye mnulis huruf jawi wlaupn dh mmegang pen dgn cre yg btul,
    nmun,hujung huruf ttap x kemas,...

    Posted on October 21, 2009 9:04 AM

     

Post a Comment