Alhamdulillah, dapat juga saya paparkan tutorial terbaru untuk Khat Nasakh kali ini, iaitu huruf "dal", dan serupa juga dengan kaedah penulisan huruf "dzal". Untuk kaedah huruf ini, tidak begitu susah untuk mula menulisnya kerana huruf "dal" dan "dzal" merupakan kaedah yang termudah dalam Khat Nasakh selain huruf "alif". 5 peringkat penulisan huruf "dal" dan "dzal" ini sepertimana gambar di atas. Kaedah pertama dengan membentuk kepala huruf, dengan dilengkongkan sedikit, asas ini penting untuk menulis huruf ha' (هـ), yang mana saya akan paparkan nanti mengikut susunan tutorial, insyaAllah. Kaedah titik dalam sesuatu penulisan dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap dan teratur, kerana apabila ada pengulangan huruf yang sama, ianya akan menjadi sekata.

Cuba tulis langkah demi langkah, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, bagi huruf ro dan zai, saya ada buat potongan skit pada ekornya utk menunjukkan fasa terakhir itu adalah langkah yg agak sukar sikit. Untuk buat bahagian ekor, biasanya bagi yang baru mula belajar, digalakkan untuk melukis, kalau dah biasa nanti boleh terus sambung, lembutkan tangan masa menulis, jangan terlalu menekan, rosak mata pen nanti.
Sampai di sini sahaja untuk tutorial ini, andaikata ada pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah diajukan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Asta'zin.
| callidesign™ |





15 comments
Terima kasih ustaz atas tutorial ini, Alhamdulillah dapat juga sy belajar sikit, akan datang buatlah tutorial lagi dan saya akan selalu melawat blog ini...ini satu alternatif yang baik juga untuk belajar...tahniah!
Posted on June 17, 2007 7:22 PM
tutorial baru...menarik =)
Posted on June 17, 2007 7:24 PM
salam.. sy bru je melwt blog ni.. saya x dapat nak tgk huruf2 yg len... n byk lg xtau.. khat ni byk jenis ke? best la ada tutorial pasl khat ni.... student's USIM..
Posted on July 24, 2007 5:09 PM
syukran... dpt menambah kan pgetahuan dgn mlwt blog... harp terus kekal... good luck!!!
Posted on July 24, 2007 5:12 PM
Sama-sama sy ucapkan kepada smeua...insyaALlah tutorial terbaru akan menyusul nanti...buat masa ni sy bz sedikit...saya dalam proses untuk membina dan mengarang buku belajar khat...insyaAllah...doakan kejayaan sy...
dan seperkara lagi sy harap, kepada semua dapat meletakkan nama ketika memberikan komen, terima kasih...:)
Posted on July 25, 2007 1:44 PM
Sakamualaikum, shukran di atas tutorial ini, sungguh berfaedah. Tapi bila nak update lagi ni.
Posted on June 17, 2008 3:28 PM
Wa'alaikumussalam...syukran sudi ziarah...insyaAllah kalau sy kelapangan sy akan update...waktu skrg ni ada kerja perlu didahulukan :)
Posted on June 26, 2008 12:49 PM
Salam wbt,
Boleh tak tunjukkan ukuran titik utk setiap huruf (macam mana nak tahu brapa titik yang nak digunakan untuk setiap huruf tu?) Rasanya ni soalan lagi basic drp tutorial 1. Sgt berminat tapi tak tahu di mana nak mula... :) Jazakallahu khair!
Ann
Posted on July 2, 2008 3:23 PM
Salam.
tgh karang buku belajar khat? alhamdulillah, moga berjaya.
akan saya nantikan.
ada target ke bila siap...?
Posted on July 8, 2008 12:27 PM
(Ann) kaedah titik tu memang kaedah yg asas dalam penulisan khat, biasanya ada dalam buku² qawaid khat arab, dan bagusnya menggunakan qaedah titik ni untuk menguasai huruf², dan biasanya ketebalan titik ni mengikut mata pena yg digunakan...contohnya untuk buat alif menggunakan 6-7 titik...
Posted on July 10, 2008 5:10 PM
(mi) W'salam...skrg tgh stop dulu, sebab sy dalam proses menulis surah yasin. InsyaAllah kalau dah siap tulis yasin nak sambung tulis buku semula;)
Posted on July 10, 2008 5:11 PM
salam bro,
bro gune pen ape?
ke gune buluh tu?
sy gune ZIG Calligraphy pen 2.0.
tp mata die cepat hancur la.
sy pernah mengambil kelas khat selama 1 semester semasa di UiTM. Saya tdk igt nama ustaznye. beliau cdgkn gune pen ini utk beginner. Mungkin bro kenal dgn beliau.
Posted on October 31, 2008 1:37 AM
(awangpurba) W'salam, sy guna mcm awang punya juga, ZIG tu, tapi guna amat jarang sekali, sbb sy biasa gunakan resam, buluh, dan ijuk :) kalau guna ZIG tu mmg mudahhancur, bila menulis jgn terlalu menekan, dan bila kita tulis atas kertas a4 ianya akan hakis sikit², dan lama² mata pen jadi lembut...
kelas khat di Uitm mana tu? kalau bagitau nama mungkin sy kenal, kalau di uitm shah alam mungkin Ustaz Azrak, dan Uitm Melaka Ustaz Yusof...mm..pen tu sesuai la bagi yg baru belajar :)
Posted on December 11, 2008 10:05 AM
salam ustaz,
saya memang minat khat giler2,
tp saya teringin nak mendalami khat thuluth dengan lebih lanjut, cuma tiada sipa yang boleh mengajar saya,
boleh x kalau ustaz tunjukkan khat thuluth dalam tutorial ustaz yang akn datang,
dan boleh x ustaz beritahu tips2 untuk mempelajari khat dengan lebih lanjut...
Posted on February 1, 2009 11:20 AM
Wa'alaikumussalam,
Alhamdulillah, baguslah tu kalau betul² minat, kalau ingin mempelajari thuluth dgn baik, sy sarankan supaya Hanah kuasai khat Nasakh dahulu, ianya merupakan asas khat dan baik kalau kita kuasainya dahulu, insyaAllah sy akan tunjukkan tutorial thuluth apabila habis sesi nasakh ini, skrg sy stop update dulu, sbb dalam proses menyiapkan official web, bila web sy dah siap akan ada link utk forum, dan segala tutorial akan ada di situ peringkat demi peringkat, mengikut jenis-jenis, sy harap Hanah juga dapat sertai kelak, tips mudah shj, minat yg mendalam dan tak putus asa utk usaha, latih tubi dgn kerap akan cepat memahirkan kita :)
Posted on February 4, 2009 2:35 PM
Post a Comment