Pages

Tuesday, July 31, 2012

Pameran 'Nuqtah : Asal Mula Sebuah Tradisi'

   
Satu: Kreatif Kolektif dengan kerjasama Galeri Chandan
Satu: Creative Collective in collaboration with Galeri Chandan

Mempersembahkan / Presents:

Nuqṭah : Asal Mula Sebuah Tradisi

Pameran / Exhibition : 27 July to 12 August 2012
(Demonstrasi kaligrafi 4 Ogos, 4 petang /
Calligraphy demonstration 4 August, 4 pm)
(Perasmian 4 Ogos, 6 petang /
Opening ceremony 4 August, 6 pm)

Pengkarya terlibat / Participating artists:

Abdul Baki Abu Bakar, Mohd Fadil Sulaiman, Zulfikri Sobri, Mohammad Firdaus Mahadi, Muhammad Ekhsan Md Haniff dan Mohd Zahamri Nizar.

Pengenalan / Introduction

Pameran ini menghimpunkan sekitar 30 buah karya seni khat yang dihasilkan oleh enam orang khattat dan pengkarya berbakat iaitu Abdul Baki Abu Bakar, Mohd Fadil Sulaiman, Zulfikri Sobri, Mohammad Firdaus Mahadi, Muhammad Ekhsan Md Haniff dan Mohd Zahamri Nizar. Sebahagian daripada mereka telah bergiat lebih 15 tahun dalam bidang seni khat manakala ada yang bergiat dalam lapangan seni halus berserta kefahaman seni khat tradisional telah digabungkan dalam sebuah pameran.

Nuqtah mengetengahkan seni khat bernuansa tradisional dalam menjelaskan rekabentuk seni khat yang baru dan asli tanpa menyalin atau meniru mana-mana tulisan sedia ada. Di mana karya-karya yang dipamerkan menuruti disiplin dan pengkaedahan seni khat tradisional. Nuqṭah atau noktah (titik) merupakan asas dalam menghasilkan tulisan yang mengikut ukuran kadar banding huruf yang tepat yang diperkenalkan oleh bapa seni khat iaitu Ibn Muqlah pada abad ke 10 Masihi. Kaedah ini telah diperkemas dan dikembangkan oleh khattat generasi seterusnya sehinggalah ia menjadi kaedah seni khat yang mapan seperti dipelajari sehingga ke hari ini.

Karya-karya dalam pameran ini juga tidak terhad kepada persembahan dan medium konvensional dalam tradisi seni khat semata-mata. Pengalaman dan kemahiran sebahagian besar khattat dan pelukis ini memperlihatkan sudut yang menarik kesenian ini. Menerusi variasi gaya seni khat yang digunakan iaitu Naskh, Thuluth, Diwani, Kufi dan lain-lain. Bersandarkan komposisi serta susun atur seni khat yang rumit dan memerlukan kreativiti tinggi akan diketengahkan. Sempena bulan Ramadan yang mulia pameran usahasama di antara Galeri Chandan dan Satu: Kolektif Kreatif. Program ini bermatlamat untuk mengangkat martabat seni khat tradisional di persada seni rupa sezaman. Seterusnya menjadi jambatan menghubungkan khalayak seni khat tradisional dengan komuniti seni rupa di Malaysia.

Lokasi / Location: Galeri Chandan
15 Jalan Gelenggang
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Waktu/ Opening hours: Monday – Friday 10am – 6pm,
Saturday & Sunday 12 noon – 5pm,
Tutup / Closed: Cuti Umum/ Public
Holidays.

Hubungi/ Contacts: Tel: 03-2095 5360 Fax: 03-2095 4360
Email: info@galerichandan.com / senisatu@gmail.com

Website: www.galerichandan.com

Facebook: www.facebook.com/galerichandan/
www.facebook.com/SatuCreativeCollective

Galeri Chandan is a contemporary art space established under ThreeHundredSixty Sdn Bhd, a unique multidisciplinary art, design and project management group that operates in cross functional teams of project managers, artists, designers and communication practitioners.

The company is committed to the advancement of innovative forms of the built environment through interior design, graphics and fine art while fostering linkages with heritage and contemporary culture

Satu: Kolektif Kreatif ditubuhkan pada awal bulan Mac, 2008 oleh Elias Yamani Ismail dan Isnian Ibrahim. Di mana para artis dan pereka dijemput untuk turut serta untuk bertukar-tukar pandangan secara pluralistik dalam setiap program kesenian yang anjurkan oleh Satu. Ini bersandarkan semangat gotong-royong, kesatuan serta keakraban persahabatan yang dibina menerusi lapangan seni.

Satu: Creative Collective founded by Elias Yamani Ismail and Isnian Ibrahim in March 2008. Together they initiate art programs and invited artists and designers to participate and exchange their ideas in pluralistic approach. With touch of the gotong royong spirit, Satu kept togetherness and bond of friendship trough the arts.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

0 comments:

Post a Comment

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.