Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.
Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.
Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.
Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.
http://www.callidesign.com.my/forum
http://www.firdausmahadi.com
http://www.flickr.com/





8 comments
Salam perkenalan,
saya gembira berjumpa dengan kawan2 yang memperjuangkan seni di internet.
:) sila teruskan perjuangan.
Posted on August 25, 2008 9:23 AM
Terima kasih, insyaAllah perjuangan pasti diteruskan :)
Posted on September 3, 2008 10:53 AM
cantik..
Posted on January 23, 2009 8:03 PM
Terima kasih :)
Posted on February 4, 2009 2:40 PM
khat lawa.very unique.keep up the work!
Posted on June 3, 2009 12:51 PM
Terima kasih natasha :)
insyaAllah pasti akan diteruskan....cuma kekangan masa shj sbg penghalang...
Posted on June 4, 2009 2:19 AM
السلام عليكم ورحمة الله
masyaAllah,ghamil!(cantik).ana juga meminati seni khat ni.sama2 lah kita memperjuangkan seni khat Islam.Amien Ya Rabb.
Posted on August 13, 2009 8:43 PM
zwani_islam - Wa'alaikumussalam, Alhamdulillah, terima kasih, haza min fadhli Rabbi :) doakan kejayaan saya dalam memperjuangkan dan membudayakan seni Islam ini ;)
Posted on September 26, 2009 9:24 PM
Post a Comment