Me and Maher Zain
Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.
Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition
Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.
Exhibition at South Korea
Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.
Memartabatkan Seni Khat
Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.
Kuala Lumpur Design Week
Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.
Tuesday, March 28, 2023
Thursday, April 7, 2022
Ramadan Mubarak 1443H/2022M
bulan yang penuh keampunan dan petunjuk
kepada anda dan keluarga anda”
a month full of forgiveness and guidance
to you and your family”
Friday, May 7, 2021
Seminar Seni Khat Universiti Malaysia Sabah
SEMINAR JAWI IN A NUTSHELL : KENALI JAWI DAN SENI TULISAN KHAT
Assalamualaikum, Ramadan Kareem
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Seminar Jawi in a Nutshell: Kenali Jawi dan Seni Tulisan Khat pada ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Mei 2021 (Sabtu)
Masa : 8.45 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Aplikasi: Facebook Live Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah & Cisco Webex
Penceramah: Firdaus Mahadi
Terbuka kepada umum, staf dan pelajar UMS. Semoga Allah SWT merahmati majlis ilmu ini.
Sekian, terima kasih.
Sunday, April 18, 2021
Salam Ramadan al-Mubarak 1442H/2021M
a month full of forgiveness and guidance
to you and your family”
"Semoga Ramadhan ini menjadi bulan rahmat,
bulan yang penuh keampunan dan petunjuk
kepada anda dan keluarga anda"
Thursday, June 1, 2017
Al-Tijarah Capital TV
Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya berpeluang juga untuk kemaskini blog dengan aktiviti saya dalam bidang Seni Khat ini. Untuk pengetahuan umum, pada 30 Mei 2017 yang lalu telah ke udara temuramah oleh pihak Capital TV @ HyppTV, dalam rancangan Al-Tijarah, temuramah berkisarkan mengenai aktiviti saya dalam bidang Seni Khat khususnya dalam kumpulan Seni Khat Warisan Islam.
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Friday, December 4, 2015
Sesi Talk Percuma: Seni Khat Dalam Grafik ~ WhatTheFoo?! by Sifoo™
Seni Khat Dalam Grafik
Perkongsian tentang topik Seni Khat dalam rekabentuk grafik oleh Saudara Firdaus Mahadi, seorang penggiat aktif seni khat tradisional mahupun digital. Pengalaman luas beliau dalam lapangan tradisional serta digital bakal memberi pencerahan kepada peserta tentang penggunaan seni khat dalam rekabentuk grafik. Apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai.
InsyaAllah, sesi ini akan membuka minda peserta kepada gabungan dua lapangan seni serta menambah ilmu masing-masing hasil perkongsian dalam sesi ini.
Sesi Ini Percuma! WhatTheFoo?!
Ya, WhatTheFoo?! PERCUMA sahaja.
Hanya perlukan PELABURAN MASA sahaja!
WhatTheFoo?! adalah satu saluran baru dari Sifoo™ untuk berkongsi ilmu, teknik, idea serta inspirasi kepada orang awam secara ‘percuma’ atau pada kadar yang minima.
Jadi, bolehlah ambil peluang ini. Mana tahu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi diri serta minda anda.
Siapa Yang Sesuai Untuk Hadir?
- Pereka grafik
- Penggemar seni khat
- Pelajar
- Sekadar Berminat
- Senang cakap…terbuka kepada yang berminat.
Firdaus Mahadi
Menggelar diri beliau sebagai seorang pelukis kaligrafi serta artis visual, beliau sememangnya aktif menghasilkan karya khat, grafik serta fotografi.
Maklumat Lain:
- Sila daftar di borang sebelah.
- Jangan lupa savekan tarikh dalam kalendar (pasang reminder).
- Datang bawa diri dan buku catitan.
- Buka minda dan buka hati.
Pertanyaan Lanjut:
Call / SMS / Whatsapp: 016-212 9976 (En. Burn)
Emel: kursus@sifoo.com
Emel: kursus@sifoo.com
Lokasi: Sifoo Training Center
Mohammad Firdaus bin Mahadi
Saturday, August 30, 2014
Salam Kemerdekaan Malaysia 57
Thursday, June 26, 2014
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435 Hijrah
“May this Ramadhan be a month of blessings,
a month full of forgiveness and guidance
to you and your family”
"Semoga Ramadhan ini menjadi bulan rahmat,
bulan yang penuh keampunan dan petunjuk
kepada anda dan keluarga anda"
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" Al-Baqarah : 185
"Ramadhan is the (month) in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later" Al-Baqarah : 185
Friday, May 16, 2014
Selamat Hari Guru 2014
Terima kasih :)
http://www.callidesign.
http://www.firdausmahadi.com
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Tuesday, April 8, 2014
Seni Khat Lambang Islam
Monday, April 7, 2014
Pameran : Siti : An Iconic Exhibiton Of Dato' Siti Nurhaliza
Antara pelukis yang terlibat ialah Adrian Torres dari Sepanyol, E.M. Nightwatcher (Iran), Amirfirdaus Tarmizi, Arikwibowo Amril, Azizi Latif, Badruddin Syah Abdul Wahab dan Faiz Yunus. Selain itu, Mohammad Firdaus Mahadi, Haafiz Shahimi, Haffendi Anuar, Khairul Arshad, Muhammad Syahbandi Samat, Nazmi Ismail, Sabihis Md. Pandi, Scott dan Dhameer Abbas, Syafiq Nordin serta Zizan Rozman turut mengambil bahagian.
Ke semua lukisan itu dijual pada harga serendah RM1,500 sehingga RM75,000 dan sebanyak 30 peratus daripasa hasil jualan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa. Semoga dengan peluang dan pengalaman ini dapat memberi impak yang positif dalam perkembangan Seni Khat di Malaysia melalui karya yang telah saya hasilkan. Pameran ini berlangsung bermula 27 Februari sehingga 26 Mac 2014, pada yang berkesempatan bolehlah melawat dan melihat karya-karya yang telah dihasilkan oleh 17 orang penggiat seni muda.
Artelier Gallery Kuala Lumpur and Siti Nurhaliza Productions are venturing into a public initiative to bridge the world of performing arts and fine arts by creating Malaysia's first female pop icon in the art industry - Dato' Siti Nurhaliza.In a group exhibition of 17 local mid-career and emerging artists, and one guest international artist from Spain, the exhibition is a charity fundraiser for Yayasan Nurjiwa - a Malaysian NGO dedicated to local aid, disaster relief and community-building initiatives.
Sunday, January 12, 2014
Salam Maulidurrasul 1435 Hijrah
http://www.callidesign.
http://www.firdausmahadi.com
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Thursday, December 12, 2013
Bersama Tokoh Seni
Khattat Turki - Dawood Bektas
Khattat Turki - Dawood Bektas, Mumtaz Durdu dan Ferhat Kurlu
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Tuesday, December 10, 2013
Tokoh Seni Khat : Hashim Muhammad Baghdadi Rahimahullah
Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni khat pada tahun 1363H/1943M.
Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M), dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.
Hashim kemudian pergi ke Istanbul, di mana dia berkenalan dengan tokoh seni khat terkenal Turki, Musa Azmi atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, yang telah memberinya dua penghargaan sebagai pengganti ijazah, yang pertama pada 1370H/1950M dan yang kedua pada 1372H/1952M. Pada majlis anugerah yang kedua, Hamid al-Amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis Seni Khat Terbaik dalam dunia Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim "Kesenian Seni Khat Islam bermula di Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salaam". Selama empat tahun, sejak 1375H/1955M, beliau belajar dengan Macid Ayral yang datang dari Baghdad ke Istanbul dan dari situ banyak sekali manfaat diterimanya. Gaya penulisan beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik Baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Beliau juga dikenali sebagai antara khattat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth.
Hashim dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad pada 1380H/1960M sehingga beliau dilantik menjadi ketua bahagian Dekorasi dan Seni Khat sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Keindahan Seni Khat di Turki sangat mempengaruhi dirinya, beliau sangat mengagumi karya Hafiz Osman, Muhammad Shauqi, Haci Ahmed Kamil Akdik, dan Hamid al-Amidi. Kekagumannya kepada karya-karya Mustafa Raqim juga begitu besar, sehinggakan beliau menamakan anaknya dengan Mustafa Raqim dan memanggil dirinya sebagai Abu Raqim. Semasa di Istanbul, Hashim kerap kali mengunjungi khattat Necmeddin Okyay, yang memiliki pelbagai koleksi seni khat dari khattat ternama.
Selain itu, Hashim juga menjadi orang penting dalam penerbitan semula Mušhaf al-Awqaf, yang diterbitkan pertama kali oleh kerajaan. Ia adalah mushaf seni khat yang sangat indah diterbitkan pada tahun 1236H/1821M yang ditulis oleh khattat Turki, Muhammad Amin Ar-Rusdi (abad ke 13H/19M). Mushaf ini diberikan oleh Pertevniyal, ibu dari Sultan Abdulaziz, kepada Masjid Imam Besar Al-Nu’man Bin Tsabit, yang dikenal sebagai Abu Hanifah. Hashim membaik pulih awal mushaf tersebut, meletakkan nombor ayat yang hilang, menulis nama surah-surah Al-Quran, menata jumlah hizb, juz, dan ayat-ayat as-Sajadah dengan menyesuaikannya mengikut selera Arab. Karya-karya seni khat Hashim banyak dijadikan perhiasan masjid-masjid dan bangunan-bangunan di Baghdad serta bandar-bandar lain sekitarnya. Kebanyakannya adalah karya dalam Khat Thuluth Jali dan diperbuat menggunakan marmar. Karya-karya beliau banyak terdapat di masjid-masjid terkenal seluruh Iraq, seperti dalam Masjid ‘Al-Qadir Abd al-Jilani, Masjid Haiderkhana, Masjid Almuradia, Masjid al-Shahid, Masjid Bunia dan Masjid Hajj Mahmud. Beliau juga adalah pereka bagi nota bank dan syiling untuk Iraq, Tunisia, Maghribi, Libya dan Sudan.
Pada tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku qawaid dan koleksi khat beliau yang bertajuk "Qawa'idul Khattul 'Arabi" (Kaedah Penulisan Khat Arab). Buku ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia seni khat, kerana ia telah digunakan sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar serta khattat dari seluruh dunia. Hashim al-Baghdadi meninggal pada 27 Rabi’uI Awwal 1393H bersamaan 30 April 1973 di Baghdad dan dimakamkan di Pemakaman Khayzuran. Sepanjang hidupnya, beliau hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.
Beliau merancang untuk menulis al-Qur'an dalam gaya penulisannya yang tersendiri, tetapi beliau meninggal dunia sebelum selesai menyiapkan projek. Sebuah koleksi yang mengandungi karya terbaru beliau telah diterbitkan semula di Baghdad pada tahun 1978.
Diterjemahkan dari: Waleed al-’A'zami, Tarajimu Khattati Baghdad el-Muassirin, Beirut 1977, p.254-75.
Berikut antara tulisan beliau yang terdapat dalam bukunya "Qawa'idul Khattul 'Arabi":
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Sunday, December 1, 2013
Buletin Utama TV3
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,
Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk kemaskini blog dengan aktiviti saya dalam bidang Seni Khat ini, agak lama rasanya tidak kemaskini dengan berita-berita mengenai Seni Khat kerana agak sibuk menyiapkan tempahan-tempahan khat yang menunggu. Untuk pengetahuan umum, pada 16 Ogos 2013 yang lalu telah ke udara temuramah oleh pihak Buletin Utama TV3, bertajuk 'Seni Khat Sebagai Medium Dakwah', mengenai aktiviti saya dalam bidang Seni Khat, temuramah dibuat pada pertengahan Ramadhan yang lalu di rumah/studio saya, pada mulanya agak segan untuk menerima namun saya terima juga pada saat akhir. Saya berkongsi video temuramah tersebut, semoga ia menjadi asbab kepada kebaikan dan dapat menimbulkan minat terutamanya buat golongan belia :)
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.