Pages

Saturday, April 26, 2008

Khat Diwani @ Dewani


Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِتَّقِ اللهَ حَيْثُماَ كُنْتَ، وأَتْبِعِ السَيِّئَةَ الحسَنَةَ تَمْحُهاَ، وَخاَلِقِ النَّاسَ بخُلُقٍ حَسَنٍ
Maksudnya:
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik”

PENGENALAN KHAT DIWANI 

Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Qostantinopal ditawan oleh Sultan ‘Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah.

Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat Diwani ini digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk hiasan.

Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis khat terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani.


Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

14 comments:

  1. hmm..mcm khat dlm buku hasyim baghdadi.. =)

    alif yg pertama tu (ittaqillah) sepatutnya xde hamzah bwh dia.. tu hamzah wasal..

    lg sorg yg terkenal dgn khat diwani adalah Abdul Rahman Abush.. tp hashim baghdadi tu, semua khat dia power kan? matap..hehe

    ReplyDelete
  2. yup...memang tulisan khat dalam buku hashim baghdadi, tiru ayat tu, lagipun belum berapa mahir lagi diwani ni, tapi cuba tgk betul², gaya tulisan tak sehalus tulisan hashim baghdadi, effy test la padankan dengan tulisan sebenar hashim...confirm tak sama...:)

    khat² hashim baghdadi memang cantik², tiulah idola dalam bidang seni khat ni...:)

    ReplyDelete
  3. ha ah.. mmg tahu abg x same pon.. sy ckp tulisan abg dah nak same mcm tulisan hashim baghdadi.. kire dah dekat same power la tu..hehehe

    ReplyDelete
  4. ops..salah taip.. mmg tahu x same pon.. sy ckp tulisan abg dah nak same mcm tulisan hashim baghdadi.. kire dah dekat same power la tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. cantik la..jayyid-jayyid

    ReplyDelete
  6. subhanallah...sgt serupa dgn hasyim baghdadi....cume kehalusan shj berbeza,lain org,lain tgn nya,ye x......ape pun,sgt unik dan lembut...

    ReplyDelete
  7. bg saya nak blajar la tulis khat..minat sangat ngan khat dewani..ade x buku nak baljo tu??
    ni fbook saya parangpendeK@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. wow..impresiv...i luv khat zone...

    ReplyDelete
  9. tolongkasih tau sejrah dan perkembangan khat diwani pada masa turki ustmani dunk

    ReplyDelete
  10. tolong ajar buat khat..

    ReplyDelete
  11. salam ukhuwah,
    izinkan saya menggunakan bahan2 sebagai rujukan
    Terma kasih

    ReplyDelete
  12. nk guna sikit wat assignment

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.