Pages

Monday, January 7, 2013

Dikir Zikir TVAlhijrah



Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, pada hari Khamis 17 Januari 2013 yang lalu, diberi kesempatan untuk bersiaran di program Dikir Zikir TVAlhijrah (Episod 3 Musim ke 4) sebagai tetamu jemputan. Rancangan ini saya biasa ikuti pada setiap minggu bermula dari episod pertama lagi, dan ianya punya tarikan yang tersendiri dengan tazkirah-tazkirah oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kepada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani) diselangi dengan lantunan zikir-zikir yang dilagukan oleh kumpulan UNIC dan saudara Alwi Hadad yang terkenal dengan alunan dikir Kamaressyah bersama kumpulan perkusi yang turut memeriahkan lagi rancangan dengan alunan muzik yang mengasyikkan. Berikut adalah video promsi bagi episod yang saya terlibat:  



Terima kasih kepada team Dikir Zikir yang beri peluang ini yang pada mulanya saya seakan terpaku dengan tawaran yang diberikan oleh penerbit, kerana pada umumnya rancangan sebegini tetamu jemputan biasanya adalah di kalangan munsyid mahupun karyawan seni muzik yang lain. Berikut saya kongsikan beberapa gambar sepanjang proses rakaman.







Antara perkongsian yang saya beri seiring dengan tajuk iaitu "Turuti kejahatan dengan kebaikan" bermula dengan rumusan akan keterlibatan saya dalam bidang seni khat ini secara serius, serta jenis-jenis cabaran yang dihadapi sepanjang keterlibatan saya di dalam bidang Seni Khat ini. Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa sepanjang rancangan tersebut dapat dilihat positif dan dimanfaatkan oleh penonton, serta dapat menjadi panduan buat rakan-rakan seperjuangan saya. Doakan saya dan rakan-rakan berterusan bersemangat serta berusaha memanfaatkan kemahiran dan keistimewaan yang dipinjamkan sementara oleh Allah dengan sebaik-sebaiknya.


Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

0 comments:

Post a Comment

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.