Pages

Me and Maher Zain

Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.

Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.

Exhibition at South Korea

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.

Memartabatkan Seni Khat

Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.

Kuala Lumpur Design Week

Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.

Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Tutorial 6 : Khat Nasakh

Huruf ف،ق،ك،ل،م

Assalamualaikum, berikut adalah tutorial terbaru bagi huruf fa, pa, qof, kaf, lam, dan mim, semoga tutorial ini dapat memudahkan proses pembelajaran anda semua, sekiranya ada persoalan mengenai proses penulis huruf-huruf di atas bolehlah bertanya di ruangan komen di bawah, terima kasih.

"Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi"

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.facebook.com/senikhat

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Friday, June 29, 2012

Tutorial 5 : Khat Nasakh

Huruf س،ش،ص،ض،ط،ظ

Assalamualaikum pada semua pengunjung, Alhamdulillah setelah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk kemaskini tutorial terbaru akhirnya berpeluang juga setelah usaha kecil untuk mempromosikan dan membudayakan seni khat ini disedari oleh beberapa pihak yang melihat akan kepentingannya pada generasi akan datang. Terbaru, saya diberi kepercayaan dan peluang untuk mengajar seni khat di Selamat Pagi Malaysia TV1, slot Seni Khat dan Jawi yang bersiaran secara langsung setiap hari Isnin jam 8.30 pagi, sementa menulis ini sudah 6 minggu bersiaran, insyaAllah andai masih diperlukan khidmat slot ini diharapkan akan berterusan sampai bila-bila. Bermula dari tawaran mengajar di Selamat Pagi Malaysia inilah membuatkan saya ingin meneruskan kembali tutorial yang sudah agak lama tidak dikemaskini. InsyaAllah diharapkan pada pengunjung yang berkesempatan untuk turut serta belajar marilah bersama menonton kerana dengan medium sebegini sekurang-kurangnya ia dapat diwar-warkan dengan lebih berkesan, kerana saya pasti ramai antara anda yang mencari-cari tempat serta cara untuk mempelajarinya.

"Bersama membudayakan serta memartabatkan Seni Khat dan Jawi"

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Thursday, December 11, 2008

Tutorial 4 : Khat Nasakh

Huruf ع، غ

Dalam tutorial khat nasakh keempat ini saya menunjukkan cara menulis huruf 'ain, huruf 'ain boleh dikatakan agak susah untuk membentuk dan menulisnya, memerlukan seseorang penulis untuk melakukan lebih latih tubi bagi memahirkan lagi dan melicinkan kaedah huruf. Penulisan asas huruf ini amat penting sebelum belajar membuat huruf sambungan, dan apabila dapat menguasai kaedah huruf 'ain ini insyaAllah akan menjadi mudah untuk menulis huruf ha, kha, dan yang seumpama dengannya.

Sesiapa sahaja ada pertanyaan atau apa-apa persoalan mengenai tutorial ini bolehlah dikemukakan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu.

Selamat Mencuba

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.facebook.com/senikhat

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Friday, October 24, 2008

Tutorial 3 : Khat Nasakh

HURUF د، ذ، ر، ز

Alhamdulillah, dapat juga saya paparkan tutorial terbaru untuk Khat Nasakh kali ini, iaitu huruf "dal", dan serupa juga dengan kaedah penulisan huruf "dzal". Untuk kaedah huruf ini, tidak begitu susah untuk mula menulisnya kerana huruf "dal" dan "dzal" merupakan kaedah yang termudah dalam Khat Nasakh selain huruf "alif". 5 peringkat penulisan huruf "dal" dan "dzal" ini sepertimana gambar di atas. Kaedah pertama dengan membentuk kepala huruf, dengan dilengkongkan sedikit, asas ini penting untuk menulis huruf ha' (هـ), yang mana saya akan paparkan nanti mengikut susunan tutorial, insyaAllah. Kaedah titik dalam sesuatu penulisan dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap dan teratur, kerana apabila ada pengulangan huruf yang sama, ianya akan menjadi sekata.

Cuba tulis langkah demi langkah, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, bagi huruf ro dan zai, saya ada buat potongan skit pada ekornya utk menunjukkan fasa terakhir itu adalah langkah yg agak sukar sikit. Untuk buat bahagian ekor, biasanya bagi yang baru mula belajar, digalakkan untuk melukis, kalau dah biasa nanti boleh terus sambung, lembutkan tangan masa menulis, jangan terlalu menekan, rosak mata pen nanti.

Sampai di sini sahaja untuk tutorial ini, andaikata ada pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah diajukan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Asta'zin.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tutorial 2 : Khat Nasakh

ج،ح،خHURUF
Berikut adalah cara-cara yang terdapat dalam kaedah penulisan bagi huruf jim, ha, kho, dan ca.
Cuba tulis dengan mengikut langkah satu-persatu, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, saya ada buat potongan huruf di sini untuk menunjukkan fasa terakhir tu adalah langkah yg agak sukar, untuk buat ekor, perlu ada keserasian dari sambungan atasnya.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tutorial 1 : Khat Nasakh

HURUF ا، ب، ت، ث

Sebagai permulaan tutorial, saya akan mulakan dengan tutorial Khat Nasakh dengan belajar kaedah menulis huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. Cara ini dapat memudahkan penulis-penulis baru untuk mencuba.

Berikut video tutorial penulisan huruf 

Di atas saya tunjukkan step dari arah mana perlu bermula untuk mula menulis huruf alif dan ba, juga cara sebutan hurufnya saya letakkan sekali bagi tujuan pembelajaran jawi.

Huruf ba, ta, dan sa, bentuknya sama, yang membezakannya adalah titik, dan titik itu ditulis sama besar dengan mata pena yang digunakan, maknanya kelebarannya perlu sama, contoh di atas boleh dilihat dengan jelas.

Garisan putus-putus itu mewakili satu garis panjang, di mana perlu meletakkan huruf tu apabila ditulis dalam satu ayat panjang.

Bermula dengan menulis kaedah huruf adalah baik sebelum menulis satu ayat penuh, penulis perlu melakukan banyak latih tubi bagi memahirkan dan melicinkan perjalanan penulisan, selamat mencuba, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat menarik minat semua untuk mempelajari Seni Khat :)

InsyaAllah tutorial ini akan dibuat berperingkat-peringkat, seandainya masa mengizinkan, jika ada yang berminat atau inginkan pertanyaan bolehlah bertanya pada saya.