Pages

Me and Maher Zain

Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.

Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.

Exhibition at South Korea

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.

Memartabatkan Seni Khat

Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.

Kuala Lumpur Design Week

Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.

Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Ritma Johor II

1) PENGENALAN RITMA JOHOR II : SPONTAN

Ritma Johor adalah gambaran dan imej khusus tentang keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi mitosnya, mahupun sejarah atau budaya 1 Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang.

Ritma Johor II pula, menekankan kepada aspek pembangunan, ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga kini yang mana dapat dikagumi oleh rakyatnya dan di seluruh Negara umumnya.

2) OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.
2. Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni tampak yang mampu mendokumentasikan sejarah dalam bentuk seni visual.
3. Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3) KATEGORI PERTANDINGAN SPONTAN

A. Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

B. Fotografi
Fotografi yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dan peserta hendaklah mengambil gambar di sekitar negeri ini mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Karya siap tidak akan diterima. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan teknik fotografi 100% tanpa menggunakan atau menambah penggunaan aplikasi digital. Segala keperluan untuk mengambil gambar adalah di atas tanggung jawab peserta dan pertandingan akan berlangsung selama 5 jam. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

C. Seni Khat : Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan contohnya seperti kata-kata hikmah/semangat daripada Sultan / Pembesar Johor atau apa sahaja yang bentuk karya yang berdasarkan tema. Karya tersebut hendaklah menggunakan penulisan khat dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

D. Seni Khat: Penulisan
Pertandingan ini adalah pertandingan menulis Seni Khat secara spontan selama 3 jam. Pihak penganjur akan menyediakan kata-kata untuk penulisan tersebut dengan jenis-jenis penulisan khat yang akan ditetapkan. Kertas bersaiz A3 akan disediakan oleh pihak penganjur manakala segala kelengkapan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi urusetia di:

Ritma Johor II (Spontan )
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07–2263266 / 0176836323 (Lisa) / 019-9959966 (Ely)
Fax : 07–2260728
Email : lisaywj222yahoo.com.my

Tuesday, July 31, 2012

Pameran 'Nuqtah : Asal Mula Sebuah Tradisi'

Satu: Kreatif Kolektif dengan kerjasama Galeri Chandan
Satu: Creative Collective in collaboration with Galeri Chandan

Mempersembahkan / Presents:

Nuqá¹­ah : Asal Mula Sebuah Tradisi

Pameran / Exhibition : 27 July to 12 August 2012
(Demonstrasi kaligrafi 4 Ogos, 4 petang /
Calligraphy demonstration 4 August, 4 pm)
(Perasmian 4 Ogos, 6 petang /
Opening ceremony 4 August, 6 pm)

Pengkarya terlibat / Participating artists:

Abdul Baki Abu Bakar, Mohd Fadil Sulaiman, Zulfikri Sobri, Mohammad Firdaus Mahadi, Muhammad Ekhsan Md Haniff dan Mohd Zahamri Nizar.

Pengenalan / Introduction

Pameran ini menghimpunkan sekitar 30 buah karya seni khat yang dihasilkan oleh enam orang khattat dan pengkarya berbakat iaitu Abdul Baki Abu Bakar, Mohd Fadil Sulaiman, Zulfikri Sobri, Mohammad Firdaus Mahadi, Muhammad Ekhsan Md Haniff dan Mohd Zahamri Nizar. Sebahagian daripada mereka telah bergiat lebih 15 tahun dalam bidang seni khat manakala ada yang bergiat dalam lapangan seni halus berserta kefahaman seni khat tradisional telah digabungkan dalam sebuah pameran.

Nuqtah mengetengahkan seni khat bernuansa tradisional dalam menjelaskan rekabentuk seni khat yang baru dan asli tanpa menyalin atau meniru mana-mana tulisan sedia ada. Di mana karya-karya yang dipamerkan menuruti disiplin dan pengkaedahan seni khat tradisional. Nuqá¹­ah atau noktah (titik) merupakan asas dalam menghasilkan tulisan yang mengikut ukuran kadar banding huruf yang tepat yang diperkenalkan oleh bapa seni khat iaitu Ibn Muqlah pada abad ke 10 Masihi. Kaedah ini telah diperkemas dan dikembangkan oleh khattat generasi seterusnya sehinggalah ia menjadi kaedah seni khat yang mapan seperti dipelajari sehingga ke hari ini.

Karya-karya dalam pameran ini juga tidak terhad kepada persembahan dan medium konvensional dalam tradisi seni khat semata-mata. Pengalaman dan kemahiran sebahagian besar khattat dan pelukis ini memperlihatkan sudut yang menarik kesenian ini. Menerusi variasi gaya seni khat yang digunakan iaitu Naskh, Thuluth, Diwani, Kufi dan lain-lain. Bersandarkan komposisi serta susun atur seni khat yang rumit dan memerlukan kreativiti tinggi akan diketengahkan. Sempena bulan Ramadan yang mulia pameran usahasama di antara Galeri Chandan dan Satu: Kolektif Kreatif. Program ini bermatlamat untuk mengangkat martabat seni khat tradisional di persada seni rupa sezaman. Seterusnya menjadi jambatan menghubungkan khalayak seni khat tradisional dengan komuniti seni rupa di Malaysia.

Lokasi / Location: Galeri Chandan
15 Jalan Gelenggang
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Waktu/ Opening hours: Monday – Friday 10am – 6pm,
Saturday & Sunday 12 noon – 5pm,
Tutup / Closed: Cuti Umum/ Public
Holidays.

Hubungi/ Contacts: Tel: 03-2095 5360 Fax: 03-2095 4360
Email: info@galerichandan.com / senisatu@gmail.com

Website: www.galerichandan.com

Facebook: www.facebook.com/galerichandan/
www.facebook.com/SatuCreativeCollective

Galeri Chandan is a contemporary art space established under ThreeHundredSixty Sdn Bhd, a unique multidisciplinary art, design and project management group that operates in cross functional teams of project managers, artists, designers and communication practitioners.

The company is committed to the advancement of innovative forms of the built environment through interior design, graphics and fine art while fostering linkages with heritage and contemporary culture

Satu: Kolektif Kreatif ditubuhkan pada awal bulan Mac, 2008 oleh Elias Yamani Ismail dan Isnian Ibrahim. Di mana para artis dan pereka dijemput untuk turut serta untuk bertukar-tukar pandangan secara pluralistik dalam setiap program kesenian yang anjurkan oleh Satu. Ini bersandarkan semangat gotong-royong, kesatuan serta keakraban persahabatan yang dibina menerusi lapangan seni.

Satu: Creative Collective founded by Elias Yamani Ismail and Isnian Ibrahim in March 2008. Together they initiate art programs and invited artists and designers to participate and exchange their ideas in pluralistic approach. With touch of the gotong royong spirit, Satu kept togetherness and bond of friendship trough the arts.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Thursday, June 7, 2012

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

Terengganu International Islamic Art Festival 2012

Date : 14–17 September 2012

Calligraphy Competition (International)
Download Application Form here

Calligraphy Competition (National)
Download Application Form here

Seminar : Calligraphy Applications In Urban & Architecture Contaxt

Workshop by World’s Calligraphy Masters:
1. Ms. Nuria Garcia Macep (Spain)
2. Mr. Shreen Abdel Halim (Egypt)
3. Mr. Adnan Sheikh Osman (Syria)

Terengganu International Islamic Art festival (TIIAF 2012) is a 4-day festival initiated by Taman Tamadun Islam Terengganu, Malaysia (Islamic Civilization Park) with the sole purpose of promoting Islamic Art. It is an extention of ‘Inspirasi Seni Khat’ 2011 which was previously organized and received overwhelming responds from local and abroad.

The TIIAF 2012, with the theme of “devotion to Islamic art” is expected to be the venue where value of Islamic calligraphy and its applications are promoted at the highest level. Apart from seminars workshop and competitions, which shall be conducted by world renowned calligraphers, the festival also features experimental khat-batik design demonstration, Islamic Musical shows and exposition of various Islamic Art product. It is an opportunity not to be missed not only to aspiring calligraphers but all who love Islamic Arts

For further information please contact:

THE SECRETARIAT
TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL
TTI Management Sdn. Bhd, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Lorong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia.

TEL : +6096278807
FAX : +6096309020.

WEBSITE: www.tti.com.my
EMAIL: calligraphy@tti.com.my

Person In charge : MR. KHALIZAN MAHMUD (H/P: +6013-2626061) / MR. ZAFUAN (H/P: +6017-9305890)

Thursday, December 15, 2011

Al-Aqsa : Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem, Palestine for incoming exhibition, insyaAllah it will travel around the world with a vision to use it in a campaign for the Right of all Muslims to Pray at al-Aqsa and free Islam’s Third Holiest Sanctuary from Zionist oppression.

Updates & pictures progress of art-making, kindly visit : www.facebook.com/firdausmahadifp

Description

An exhibition to feature artworks made from old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from the Dome of the Rock in al-Aqsa, Jerusalem, Palestine during the last Restoration Work of 1992-1994.
Participating artists:

1. Mat Anuar
2. Prof Ramlan Abdullah
3. Raja Shahriman
4. Rosli Zakaria
5. Prof Norwani
6. Prof Ruzaika
7. Prof Hjh Mohainee
8. Abdul Rahman Amin
9. Prof Alias Yusof
10. Jamil Mat Isa
11. Prof Jalaini Abu Hassan
12. Aznan Omar
13. Mohd Daud Rahim
14. Syed Iskandar
15. Suhaimi Fadzir
16. Mohd Azlan Mohd Latib
17. Mohammad Firdaus Mahadi

The exhibition is to bring forth the meaning and significance of the first Qiblah of the Muslims and Islam and the remembering of the two Holy Sanctuaries (al-Haramain). It is to become the tool and message to awaken the Ummah of the importance of al-Aqsa. It is strongly rooted in our aqidah and iman (creed and faith of the Muslims)

Venue: Pelita Hati Gallery of Art, Malaysia
Exhibition : 08/12/2011 - 31/12/2011
Opening Ceremony : 15/12/2011 at 8.00 pm
Officiated by : YB Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Deputy Minister of the Prime Minister's Department)

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Friday, August 14, 2009

Dewan Ekonomi - Februari 2009

Alhamdulillah, terima kasih pada sidang editorial Dewan Ekonomi DBP yang sudi menemuramah saya akan usaha kecil saya dalam bidang ini, semoga apa yang diusahakan mendapat restu serta dorongan dari semua. Harapan saya, semoga ianya dapat memberi galakan dan manfaat buat semua untuk mengenali cabang seni Islam ini dan seterusnya disampaikan dari generasi ke generasi agar ianya tidak dilupakan. Dan pastinya, doa dan sokongan dari kalian, pengunjung-pengunjung yang baru saya kenali disini amatlah dihargai, walaupun tak pernah berjumpa, insyaAllah kelak andai berkesempatan pasti dapat berjumpa untuk merapatkan lagi sillaturrahim antara satu dengan yang lain.

Laman rasmi saya masih dalam proses pembinaan lagi, di http://www.callidesign.com.my, insyaAllah kelak bila dah siap akan disediakan forum untuk perbincangan, soal jawab serta tutorial berkaitan seni khat dan jawi.

Dewan Ekonomi Februari 2009
Harga: RM 6.50

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Monday, March 30, 2009

Kuala Lumpur Design Week 2009

Kuala Lumpur Design Week 2009

Tempat 1 : Menara Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Mac 2009 - 4 April 2009
Waktu Lawatan : 10.00 pagi - 6.00 petang
Masuk Percuma

Tempat 2 : Capsquare KL
Tarikh : 28 Mac 2009 - 4 April 2009
Waktu Lawatan : 10.00 pagi - 10.00 malam
Masuk Percuma

Maklumat lanjut layari : http://www.kldesignweek.com

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang bekerjasama dengan seorang penggiat seni digital yang terkenal di Malaysia, saudara Moed Latif dari Digital Malaya untuk merealisasikan artwork hasil gabungan seni digital dan kaligrafi. Hasil kerjasama ini pada pandangan saya adalah berjaya sekali, hasil gabungan kreativiti dan seni dapat menghasilkan sesuatu yang menarik dan baru. Berikut adalah hasil artwork kami untuk pameran di KL Design Week 2009

الإبداع * خلاق

seni digital+seni khat copyright©Moed Latif 2009
'Kreatif' - Khat Thuluth

Akhir sekali, terima kasih kepada saudara Moed Latif kerana sudi bekerjasama dengan saya bagi merealisasikan idea ini, insyaAllah di lain masa andai berpeluang boleh bekerjasama lagi.

Kenali Moed Latif dan lihat hasil seninya di web http://www.moedlatif.com

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tuesday, August 21, 2007

Promosi : Apa Dia? - Majalah Jawi Pertama di Malaysia

MAJALAH APA DIA?
Harga :
Semenanjung RM3.00, Sabah/Sarawak RM3.50
ISSN : 1985-1774
Barcode : 9771985177001
Terbitan : Synergymate Sdn. Bhd

SINOPSIS

Sejak akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan pelajar yang tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik, bahkan ada juga yang tidak tahu langsung membaca Jawi. Keadaan ini agak merisaukan kita kerana jika masalah ini berterusan, ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak tahu membaca dan menulis Jawi. Oleh itu, pihak Synergymate telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan majalah Jawi, supaya dengan usaha ini, kita dapat membantu mereka menguasai tulisan Jawi dengan baik. Penerbitan majalah ini juga adalah sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat-maklumat pendidikan dan informasi kepada para pembaca.

OBJEKTIF MAJALAH

Majalah ‘Apadia’ adalah bertujuan;

untuk membantu generasi muda terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah mahir menggunakan tulisan Jawi.

untuk menggalakkan generasi muda supaya minat membaca bahan-bahan dalam tulisan Jawi.

untuk membudayakan dan memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi dalam penerbitan majalah supaya ia tidak hilang ditelan arus zaman.

untuk menyampaikan informasi kepada pelajar-pelajar dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu.

Sebagai bahan tambahan untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka belajar jawi dengan lebih baik.

GOLONGAN SASARAN

Sasaran utama pembaca majalah ini ialah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun demikian, sasaran juga ditujukan kepada golongan dewasa termasuk ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umum.

FAEDAH MAJALAH APA DIA?

Antara faedah yang akan diperolehi daripada penerbitan ini;

• Pelajar :
Dapat membantu pelajar membaca dan menulis jawi dengan lebih mahir. Ia juga sebagai wadah untuk menyampaikan informasi pendidikan kepada mereka.

• Guru :
Sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam pendidikan J-Qaf.

• Ibu bapa :
Sebagai bahan tambahan untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka belajar jawi dengan lebih baik.

"Adalah menjadi harapan dengan penerbitan majalah ‘Apadia’ akan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar yang boleh menguasai Jawi dalam pembelajaran mereka. Kami juga berharap penerbitan majalah ini dapat membantu pihak ibu bapa dan guru-guru dalam usaha untuk mendidik anak-anak supaya mahir membaca dan menulis Jawi. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi." - Synergymate Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Synergymate Sdn. Bhd.,
3A, Jalan 1/5, Taman Teknologi Kajang,
Semenyih, Selangor Darul Ehsan
Tel: +60 03 8723 5769
Fax: +60 03 8723 5734

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Saturday, July 7, 2007

Promosi : Laman Portal K-Jawi

Mengenai Portal K-Jawi :

"Portal Jawi adalah portal interaktif yang dihasilkan dengan penggunaan bahasa jawi sepenuhnya. Ia mengandungi pelbagai ciri bagi pengguna untuk melayarinya. Kewujudan portal ini akan dapat menambahkan nilai pengetahuan pengguna bagi peringkat umur yang berbeza untuk belajar dan memahami tulisan jawi. Portal ini menyediakan pelbagi fungsi seperti forum, artikel, berita dan sebagainya. Diharapkan pengguna dapat memanfaatkan apa yang di paparkan dan diaplikasikannya dengan cara yang terbaik. Semoga portal ini akan dapat mengekalkan serta mempertahankan tulisan jawi dari hilang ditelan zaman."

Ulasan :

Sebuah laman berunsurkan jawi yang telah dibangunkan oleh Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) dengan kerjasama Kementerian Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Portal ini dibangunkan dengan jayanya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia akan kepentingan tulisan jawi yang mana semakin hari semakin dilupakan. Adalah menjadi tugas kita semua untuk membudayakan dan mengangkat tulisan jawi ini hingga ke tahap yang tertinggi dan supaya tidak dilupakan oleh generasi sekarang. InsyaAllah melalui usaha kerajaan dalam program membudayakan jawi dan Seni Khat ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pengamal, pencinta Seni Khat dan jawi untuk mengembangkan bakat mereka dan seterusnya memartabatkan kesenian Islam yang semakin dilupakan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya program ini dapat membentuk satu komuniti yang terdiri dari pakar-pakar khat dan jawi untuk melaksanakan program-program pembudayaan dengan kerjasama KeKKWa demi memelihara kesenian Islam yang unggul ini, insyaAllah.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Review Novel : Bermula Dengan Alif

Pengarang :
Hashim Latiff
Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN:
ISBN 983-3653-42-1
Barcode:
9789833653423
Jumlah Halaman:
208 halaman
Terbitan :
PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit:
25 September 2006 

SINOPSIS 

Bolehkah seorang anak kampung seperti Adam Fahmy Mengejar seni tertinggi?
Adam merupakan seorang anak muda yang amat meminati dan mencintai seni khat. Dia mengimpikan sebuah perpustakaan jawi yang pastinya akan menyimpan segala khazanah serta sejarah seni khat ini. Bagi merialisasi impiannya itu, Adam bertekad akan belajar seni khat dengan bersungguh-sungguh. Namun Adam terpaksa berhadapan dengan kedegilan serta hasad dengki daripada sahabatnya. Adakah impian Adam akan tercapai? Perjuangan Adam telah bermula, selepas langkahnya bermula dengan alif.

ULASAN

• Saya masih lagi mencari novel ini di kedai-kedai buku, tapi masih belum jumpa, insyaAllah kalau saya dapat membeli buku ini saya akan memberi sedikit ulasan, secara zahirnya saya dapat bayangkan kemungkinan jalan ceritanya ada sedikit sebanyak berkaitan dengan saya sepertimana yang kita dapat lihat di sinopsis novel ini menceritakan perihal seorang anak muda yang terlalu meminati bidang seni khat. Oleh itu, andaikata saudara dan saudari terjumpa novel ini di kedai-kedai buku beli dan bacalah, mana tahu dari pembacaan dapat menimbulkan minat semua untuk mempelajari Seni Khat, siapa sangka? :)

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Sunday, June 17, 2007

Promosi : Portal Ejawi.net

Portal Ejawi.net merupakan sebuah portal yang berasaskan pelajaran jawi dan juga kaedah ejaan jawi yang betul. Pembangun web ini adalah seorang anak muda yang amat berbakat dalam bidang pengaturcaraan komputer, jawi, dan juga seni khat. Graduan Universiti Malaya dari Kelantan iaitu Nik Muhammad bin Nik Abdul Kadir ialah webmaster bagi web ini. Saya mengenali beliau ketika menyertai pertandingan-pertandingan khat di peringkat kebangsaan, dan saya amat kagum dengan kejayaan beliau dalam membangunkan web berasaskan pelajaran e-jawi ini, malah pada masa sekarang web yang beliau bangunkan dapat dijadikan rujukan untuk kita mengetahui berita mengenai pembudayaan jawi, dan juga mengenalpasti ejaan yang betul dalam tulisan jawi.

Di sini saya paparkan kata-kata beliau mengenai Portal Ejawi.net

Saudara Nik Muhammad Nik Abdul Kadir juga adalah pembangun Portal Seni Khat.net, iaitu portal pertama di Malaysia yang membincangkan isu-isu berkaitan Seni Khat, pembudayaannya, dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, saya berharap dengan adanya sedikit pengenalan mengenai Portal Ejawi.net ini dapatlah kita bersama-sama memartabatkan warisan melayu dan seni warisan Islam yang semakin tenggelam.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Saturday, February 17, 2007

Perkhidmatan

Callidesign™ menawarkan perkhidmatan:

PAMERAN DAN DEMONSTRASI PENULISAN SENI KHAT
• Dalam negara dan luar negara, karnival, sambutan Ma'al Hijrah, sambutan Maulidurrasul, dan seumpamanya.

PROGRAM INTENSIF SENI KHAT
• Bengkel Seni Khat
• Kelas Intensif Seni Khat
• Ceramah Seni Khat
 
TEMPAHAN KARYA TULISAN KHAT (TRADISIONAL/DIGITAL)
• Karya Seni Khat (Ayat Al-Qur'an, Hadis, Kata Hikmah)
• Nama perseorangan, keluarga, sahabat handai dan seumpamanya
• Logo syarikat, persatuan, dan seumpamanya
• Karya Seni Khat untuk rekaan dalaman masjid, surau, pejabat dan seumpamanya

TEMPAHAN KARYA TULISAN KHAT (KERTAS/KANVAS)
• Karya Seni Khat Tradisional (Ayat Al-Qur'an, Hadis, Nama, Kata Hikmah)
• Karya Seni Khat Kanvas Painting (Ayat Al-Qur'an dan Hadis)
• Karya Seni Khat Kanvas Digital (Ayat Al-Qur'an dan Hadis)

Contoh:

"La ila ha illa Allah, Muhammad Rasulullah" dalam Khat Thuluth bersaiz 2 kaki x 2 kaki

Sebarang pertanyaan, perbincangan mengenai seni khat dan untuk tempahan sila hubungi:

MOHAMMAD FIRDAUS BIN MAHADI
Email : admin@callidesign.com.my 