Pages

Tuesday, August 21, 2007

Promosi : Apa Dia? - Majalah Jawi Pertama di Malaysia



MAJALAH APA DIA?
Harga :
Semenanjung RM3.00, Sabah/Sarawak RM3.50
ISSN : 1985-1774
Barcode : 9771985177001
Terbitan : Synergymate Sdn. Bhd

SINOPSIS

Sejak akhir-akhir ini, ramai dalam kalangan pelajar yang tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik, bahkan ada juga yang tidak tahu langsung membaca Jawi. Keadaan ini agak merisaukan kita kerana jika masalah ini berterusan, ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak tahu membaca dan menulis Jawi. Oleh itu, pihak Synergymate telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan majalah Jawi, supaya dengan usaha ini, kita dapat membantu mereka menguasai tulisan Jawi dengan baik. Penerbitan majalah ini juga adalah sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat-maklumat pendidikan dan informasi kepada para pembaca.

OBJEKTIF MAJALAH

Majalah ‘Apadia’ adalah bertujuan;

untuk membantu generasi muda terutamanya pelajar sekolah rendah dan menengah mahir menggunakan tulisan Jawi.

untuk menggalakkan generasi muda supaya minat membaca bahan-bahan dalam tulisan Jawi.

untuk membudayakan dan memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi dalam penerbitan majalah supaya ia tidak hilang ditelan arus zaman.

untuk menyampaikan informasi kepada pelajar-pelajar dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu.

Sebagai bahan tambahan untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka belajar jawi dengan lebih baik.

GOLONGAN SASARAN

Sasaran utama pembaca majalah ini ialah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun demikian, sasaran juga ditujukan kepada golongan dewasa termasuk ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umum.

FAEDAH MAJALAH APA DIA?

Antara faedah yang akan diperolehi daripada penerbitan ini;

• Pelajar :
Dapat membantu pelajar membaca dan menulis jawi dengan lebih mahir. Ia juga sebagai wadah untuk menyampaikan informasi pendidikan kepada mereka.

• Guru :
Sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam pendidikan J-Qaf.

• Ibu bapa :
Sebagai bahan tambahan untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka belajar jawi dengan lebih baik.

"Adalah menjadi harapan dengan penerbitan majalah ‘Apadia’ akan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar yang boleh menguasai Jawi dalam pembelajaran mereka. Kami juga berharap penerbitan majalah ini dapat membantu pihak ibu bapa dan guru-guru dalam usaha untuk mendidik anak-anak supaya mahir membaca dan menulis Jawi. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan keunikan dan kegemilangan tulisan Jawi." - Synergymate Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Synergymate Sdn. Bhd.,
3A, Jalan 1/5, Taman Teknologi Kajang,
Semenyih, Selangor Darul Ehsan
Tel: +60 03 8723 5769
Fax: +60 03 8723 5734

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.







5 comments:

  1. aku ingatkan aku sorang je yg publish magazine bahasa jawi...sekali otai khat pun layan gak....


    anyway bro...aku memang follow hasil khat bro..mantap!

    ReplyDelete
  2. mcm mn sy boleh dptkn buku ni?

    ReplyDelete
  3. salam..berminat untuk khat kaligrafi Islam daripada kulit kambing layari http://kha11.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Masih ada lagi tak stok lama2 dulu?

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.