Pages

Tuesday, August 18, 2009

Khat Kufi



PENGENALAN KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.

Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.

Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.


Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.



15 comments:

  1. Assalamu'alaikum,
    Khot kufi ini adalah khot yang paling saya sukai tetapi paling sulit untuk saya pelajari.

    Btw, kaligrafinya bagus-2 dan menarik saya pikir ikhwan dapat membuat ebook untuk kaligrafy termasuk contoh-contoh dan tutorialnya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. esanstudio - Terima kasih ;)

    Yuda - Wa'alaikumussalam, khat kufi mmg penuh artistik danmemerlukan kemahiran yang baik utk menguasainya...mmg tak dinafikan khat kufi ini amat mencabar, sy juga menyukainya :) Alhamdulillah terima kasih, insyaAllah perancangan utk ebook itu ada, cuma belum sempat utk merealisasikannya lagi, terima kasih atas cadangan :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Biasanya seni khat nie dia gunakan ayat quran or doa2 kan...selain daripada tu ada tak dia gunakan syair2 arab or tulisan jawi/arab dlm kata2 hikmah?

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam, ada juga digunakan, tetapi tidak meluas, biasanya bait² syair arab menggunakan tulisan khat farsi atau dewani, ianya nampak lebih bersesuaian kerana dapat menyerlahkan lagi kesenian syair itu sendiri berbanding menggunakan khat kufi yang kelihatan agak sukar utk dibaca.

    ReplyDelete
  5. i sangat minat dengan khat kufi ni....i pernah buat salah satu huruf khat kufi ni dalam bentuk 3D last year when i study typography....:-D

    ReplyDelete
  6. baguslah kalau berminat, we can share the things that you do, maybe for better improvement? :)

    ReplyDelete
  7. orait....thats good idea....ok if ade mase i nak blaja la dgn u lebh mendalam ok....:-P

    ReplyDelete
  8. tak ada ke hurufnya dan baris?

    ReplyDelete
  9. ad tak badan yang boleh mengajar belia tantangf seni khad nie

    ReplyDelete
  10. dekat mana ya boleh saya belajar seni khad nie

    ReplyDelete
  11. slm,nk tahu contoh khat muzahraf,boleh tlg tunjukkan?

    ReplyDelete
  12. slm,blh tlg tunjuk khat kufi muzahraf?

    ReplyDelete
  13. Salam, kalau nak buat logo guna Khat Kufi nie selalunya berapa chargenya ya. Boleh tak bagi kontak sesiapa yg ada buat khidmat ini. tk

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.