"One World Many Cultures Exhibition - A Journey of Discovery"
Singapore Expo-Convention & Exhibition Centre
6-9 September 2007
Keratan Akhbar Berita Harian Singapura, 7 September 2007
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya post sedikit berita mengenai pameran yang telah diadakan dengan jayanya di Singapura. Banyak pengalaman yang dapat dikongsikan bersama. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada pihak Jamiyah Singapura iaitu penganjur Ekspo ini kerana sudi menjemput saya untuk membuat pameran dan demonstrasi penulisan Khat sepanjang tempoh ini.
Alhamdulillah, ini pameran kedua saya di luar negara, dan pameran kali ini saya lebih bersedia berbanding dengan pameran kali pertama di
Korea Selatan, lebih bersedia dengan penyediaan artwork dalam pelbagai bentuk diantaranya khat di atas kanvas, dan arcilic, dan juga tulisan khat yang telah diedit dengan photoshop. Pada pameran kali ini juga mendapat reaksi positif dari pengunjung, dan Alhamdulillah ramai juga yang ingin menempah khat di atas kanvas, sesiapa yang berminat bolehlah menempah :)
Di sini saya upload beberapa gambar sepanjang berada di Singapura dari 5-10 September untuk tatapan semua.
Menjawab pertanyaan delegasi dari Brunei mengenai kaedah penulisan Seni Khat
Bersama pengunjung pameran dan juga merupakan pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar
Bersama pengunjung dan artwork kanvas saya, Alhamdulillah mereka banyak bertanya tentang Seni Khat dan mereka juga mempunyai asas dalam penulisan Khat kerana ada mengikuti kelas secara persendirian. Banyak perkara yang kami dapat berkongsi bersama, terima kasih! :)
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bertemu, berbual, dan bergambar dengan Hijjaz yang dijemput untuk buat show sempena Ekspo ni. Selama ni saya hanya mengikuti perkembangan mereka melalui
Portal Sahabathijjaz. Terima kasih pada Abai Os sebab sudi berbual, dan bersyukur sangat dapat jumpa sebab selama ni memang berhubungan melalui
Portal Sahabathijjaz je, kira excited jugak la, sebab memang hard fan
Hijjaz. Alfu Mabruk Hijjaz!
Ni gambar 2 orang ex-xtudent MMU dari kiri Syed Huzaifah dan Ikhwan Nazri. Mereka membuat demonstrasi dan pameran mengenai PSP. Mereka telah berjaya membangunkan aplikasi "Islamic Content" untuk PSP berupa Al-Qur'an & terjemahan, Islamic Magazine, Ummah Films dan bermacam-macam lagi. Dapatkannya sekarang, dan untuk info mengenai ini insyaAllah saya akan buka thread khas untuk mereka. Untuk maklumat boleh buka web mereka,
The Raise : Islamic Content for Playstation Portable
Suasana pameran, ramai betul pengunjung, adakalanya nak jalan pun terpaksa berasak-asak, sambtan yang hangat, Terima kasih Singapura ;)
Bangunan Jamiyah Singapura di Geylang Road
Sebelum balik ke Malaysia, bergambar bersama jawatankuasa penganjur
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
Hak Cipta | Copyright Notice
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
tahniah firdaus, dijemput buat demo di singapura pula...tahniah...susah nak cari org muda dan berbakat dan bergerak solo seperti enta, dengan pencapaian yg boleh dibanggakan, tahniah...semoga lebih berjaya dan maju pada masa hadapan, sy doakan yg terbaik untuk enta, teruskan usaha...tahniah!!
ReplyDeleteFastabiq
Alhamdulillah, dah sampai Singapura ye, tahniah firdaus, teruskan usaha anda dalam memartabatkan kesenian Islam,ramai kawan-kawan kami nak berguru dengan anda, pasti ada rahsia di sebalik kejayaan anda, sebab anda masih muda,tahniah,teruskan usaha,insya-Allah kalau ada apa keperluan saya akan hubungi firdaus.
ReplyDeleteSalam, ramai juga pengunjung ya seperti di gambar, apepun tahniah kerana berjaya membawa nama Malaysia di sana
ReplyDeleteSyukran kerana sudi meletakkan gambar saya diblog saudara Firdaus (orang yang paling kanan, sebelah artwork kanvas). Semoga kita bertemu lagi dan moga2 ada versi Apa dia di Singapura, "What Izzit". Semoga Sukses selalu...
ReplyDeleteTerima kasih Fastabiq, terima kasih juga sebab saudara selalu mengikuti perkembangan sy, kita hanya berjumpa di alam maya sahaja...doakan kejayaan sy utk masa depan...
ReplyDeleteTerima kasih Fairuz, rahsia kejayaan? yang penting takjemu dan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah berjaya dengan adanya keyakinan diri sendiri, Allah pasti akan bantu.
ReplyDeleteSyukran lak Zachery07...Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan juga :)
ReplyDeleteAfwan kasiran Fairus, Alhamdulillah kita dapat bertemu dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. InsyaAllah dengan keizinanNya kita pasti akan bertemu nanti. Kalau berminat lagi dengan Apa Dia bolehlah buat langganan, amatlah dialu²kan...boleh juga promote pada anak-anak sedara ke...dan kawan²...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Firdaus,
ReplyDeletesaya dapat link blog Firdaus dari rakan saya, tahniah diatas kejayaan yang dicapai, semoga lebih maju pada masa depan.
tahniahh.. saya mengagumi anda!
ReplyDeleteTerima kasih Aizuddin, saya juga mengagumi anda...nice artwork too :)
ReplyDeletemantop kunior ana nih... mabruk, semoga terus maju...
ReplyDeleteSyukran syeikh :)
ReplyDeletesalam,min,tahniah atas usaha2 ko n trus gdluck,akhirnya dapat juga tgk gmbr syafini yg latest :)ilal liqa' -hafiedzUDU@algebra
ReplyDelete