Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.
Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40 tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988 beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.
Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin
Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di
Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan mempunyai seorang isteri dan dikurniakan
tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam suasana tarbiah Islam yang kuat,
bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam dan khatib di kampungnya, juga
pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh Uthman Taha tinggal di Madinah
al-Munawwarah.
Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam
bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau mendapat ijazah dalam seni khat dari
Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi
gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad
Aliyy al-Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa’iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy
di Damsyik dan Hashim al-Baghdadiyy.
Pengalaman pertama dalam menulis mushaf
ialah pada tahun 1973 semasa berusia tiga puluh tahun di bawah syarikat
percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi syaikh Uthman Taha tidak berpuas
hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan ketokohan dan penulisan hiasan
dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah mengambil beliau sebagai
penulis Mushaf al-Madinah yang diguna-pakai oleh kerajaan Saudi dan seluruh
dunia bermula pada tahun 1988.
Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh
lebih bermutu dari tulisan pertama. Sehingga kini beliau telah menulis mushaf
mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat Warash dari Nafi’ al-Madaniyy
kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum dicetak.
Beliau amat terkenal di kalangan penulis
khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling banyak berjasa. Beliau menjadi
pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat Antarabangsa Istanbul sejak
berdekad lamanya.
Berikut adalah beberapa contoh tulisan Syaikh
Uthman Taha
Muka belakang mushaf al-Madinah
diterjemahkan seperti berikut: Dengan pertolongan Allah dan taufiq-Nya, telah
sempurna percetakan mushaf yang mulia ini di Majma' Malik al-Fahd untuk
percetakan al-Mushaf al-Sharif di Madinah Munawwarah seliaan Kementerian Hal
Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan di Kingdom of Saudi Arabia pada tahun
1426H dan ditulis oleh al-Khattat Uthman Taha
"Dari tahun 1970 sehingga ke hari ini Syaikh
Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana
setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara
mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:
1. Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria
2. Mushaf dengan riwayat Hafs untuk
Ad-Dar As-Syamiyyah
3. Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah)
4. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut
Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut)
5. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf
Madinah)
6. Mushaf dengan riwayat Qalun
7. Mushaf dengan riwayat Ad-Duri
Beliau telah memperbaiki sistem susunan
menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imla’i kepada Resam Othmani
mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah
yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur,
membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana
struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz
al-Quran."
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Assalamualaikum ya akhi. Boleh tak bahan ttg tokoh-tokoh khattat dari blog akhi ana gunakan utk bahan pembelajaran khat tajuk Tokoh-tokoh Seni Khat? Jika diizinkan syukran jazilan kathira ana ucapkan sebab banyak info yang berguna untuk pelajar mengenalinya.
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.
All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Mabruukk...
ReplyDeleteBanyak info dpt...teruskan usaha martabatkan kaligrafi Islam
Assalamualaikum.. Harap dapat share tentang kehebatan Shaikh Uthman Taha..
ReplyDeleteAssalamualaikum ya akhi. Boleh tak bahan ttg tokoh-tokoh khattat dari blog akhi ana gunakan utk bahan pembelajaran khat tajuk Tokoh-tokoh Seni Khat?
ReplyDeleteJika diizinkan syukran jazilan kathira ana ucapkan sebab banyak info yang berguna untuk pelajar mengenalinya.
Bagaimana sy ingin berkomunikasi dgn en firdaus ye. Sy berminat mengkaji tntng inovasi dalam penghasilan produk seni khat dan kaligrafi
ReplyDeleteassalamualaikum. boleh tak kalau saya nak gunakan post ni untuk dijadikan citation dlm kerja kursus saya?
ReplyDelete