Bagaimanakah cara untuk mempelajari Khat dengan berkesan?
Cara yang berkesan:
• Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.
• Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
• Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
• Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.
Apakah kepentingan mempelajari Seni Khat?
Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua.
Pertama kepentingan kepada individu dan yang kedua kepentingan kepada masyarakat.
Kepentingan kepada individu:
• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.
• Khat juga merupakan wasilah dalam menghasilkan harta benda dinisbahkan kepada seni khat yang halus dan tinggi dengan sebab kepakaran penulisnya.
• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah menyintainya bagi orang yang merasai dengan perasaan kejiwaan yang halus.
Kepentingan pada masyarakat:
• Khat itu ditulis dengannya pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar dan majalah dan merupakan wasilah iklan seperti televisyen dan sebagainya.
• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab-kitab itu dengan dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulis yang direka pelbagai jenis semenjak dahulu yang menyimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.
Apakah persediaan yang perlu ada bagi setiap pelajar yang ingin mempelajari Seni Khat?
Persediaan yang perlu ada bagi mereka yang ingin mempelajari seni ini boleh kita ketegorikan kepada dua.
1) Persediaan fizikal
2) Persediaan mental.
Persediaan fizikal.
Tubuh badan yang sihat dan anggota yang sempurna. Namun anugerah yang di kurniakan Tuhan tidak sebagaimana orang lain atau sempurna ianya tidak menjadi halangan bagi mereka yang bersungguh-sungguh berminat untuk mnguasai bidang ini.
Sebuah kisah penulis wanita, “Bintu Khaddan Wardi”. Sebagaimana yang telah dinaskan oleh Ishak dalam kitabnya tentang cerita pada zaman raja alKamil pada bulan Syawal 624h telah datang dari Iskandariah seorang perempuan yang tidak menpunyai kedua belah tangan hingga ke siku. Beliau melakukan segala kerja sebagaimana perempuan-perenpuan lain dengan menggunakan kaki. Seorang menteri telah menemuinya dan membawa perempuan tersebut dakwat kalam dan pisau. Dakwat itu diambil oleh perempuan tersebut kaki kirinya, kemudian diambil kalam dan pisau diraut, diasah, dibelah dan dipotong melintang kalam tersebut. Seterusnya diambil kertas dan memegangnya dengan kaki kiri dan menulis dengan kaki kanan dengan lebih baik dan cantik dari apa yang ditulis oleh penulis dengan tangan kanan mereka. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Semoga cerita ini menjadi pendorong dan semangat kepada mereka yang betul-betul berminat untuk berkenalan secara lebih luas dan seterusnya mendalami bidang Seni Khat ini.
Persediaan mental.
• Minat yang mendalam (bukan hangat-hangat tahi ayam)
• Emosi yang tenang
• Ketekunan yang jitu
• Kesungguhan yang mantap
• Daya imaginasi yang tinggi
• Daya cipta dan tiru yang halus
• Melatih diri untuk menjadi seorang yang mempunyai jiwa yang tinggi, halus perasaan yang tajam bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap 'rileks', ini juga dapat faktor membantu kepada penulisan yang baik, cermat dan halus. Selain faktor bimbingan guru yang berpengalaman dan mahir.
Apakah halatuju mempelajari Seni Khat ini?
Melihat kepada qadiah di Malaysia dan masyarakat umat Islam itu sendiri khususnya dan masyarakat dunia amnya:
• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran
• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam
• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.
• Menghidupkan tulisan jawi di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi sebagai satu mata pelajaran atau ko kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik
• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan penulis-penulis yang berwibawa melalui seminar-seminar seperti yang telah dijalankan sebelum ini, kegiatan di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Muzium Kesenian Islam dan Yayasan Restu sendiri mempunyai bengkel yang khusus dalam melahirkan penulis khat yang mempunyai daya imaginasi dan kreatif yang tinggi
• Mengadakan dan menganjurkan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagaimana negara Turki yang menganjurkan pertandingan khat kebangsaan disana setiap 3 kali setahun. Bertujuan untuk melahirkan penulis bertaraf antarabangsa dan berpengalaman.
Apakah pandangan anda tentang masa depan Seni Khat?
Cerah, berdasarkan faktor positif yang memberitahu perkembangan seni khat di tanahair seperti:
• Penubuhan Persatuan Seni Khat kebanggaan yang menjadi tulang belakang penggerak yang memperkenalkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti kegiatan seni khat di Malaysia, Pertandingan khat kebangsaan yang merupakan salah satu wasilah memperkenalkan seni khat itu sendiri dan melahirkan lebih ramai penulis tanahair dan mencungkil bakat penulis-penulis muda.
• Wujudnya mata pelajaran khat di peringkat sekolah-sekolah menengah agama, menengah arab dan kegiatan-kegiatan persatuan seni khat di institut pengajian tinggi secara serius atau tidak secara langsung antara lain negeri Johor sendiri banyak menganjurkan pertandingan-pertandingan khat sebagai galakan kepada penulis-penulis di tanahair disamping tawaran hadiah lumayan bagi menarik lagi minat para peserata. Kelantan juga mempunyai potensi yang tinggi untuk memajukan bidang ini memandangkan ramai tenaga yang berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang ini.
• Ramai di kalangan pelajar Malaysia di Mesir mula menaruh minat dalam bidang ini dan mengambil perhatian yang serius dan inisiatif dengan mengikut pengajiaan di Peringkat Diploma selama 4 tahun & pelajar lulusan Diploma boleh menyambung lagi pengajian mereka hingga peringkat Diploma Lanjutan (takhasus) selama 2 tahun lagi di Institut Seni Khat Arab di Mesir. Selain itu, Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor (bersebelahan Masjid Shah Alam) juga menawarkan pengajian Seni Khat
Tujuan
• Memelihara al-Quran dengan tulisan.
• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.
• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
salam..
ReplyDeletetruskan amalan...majulah khat utk Agama,Bangsa & Negara.
USIM hebat! hehe..:-)
Salam,
ReplyDeletethanks krn bgtau psl skatype, saya mmg pernah berkomunikasi dgn dia, ada no telefon dia, n sy mmg dah tau dia ni penipu dari dulu pun, n kwn2 sy yg lain pun antara yg berjaya mengkantoikan dia .. takpe, skrg dlm usaha utk menjejak dia.
aci tak kalau belajar dr buku :D
ReplyDeletesebab takde cekgu sini
salam..
ReplyDeletetuan,
ada x buat t-shirt bercorakkan khat?
kalo ada,saya berminat untuk tempah dari pihak tuan.
-azzahari-
assalamualaikum,check out our blogspot yeaa...jgn lupa bagi komen..:P
ReplyDeletesupport orang melaka hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum bro..
ReplyDeletesalam...lama tak jumpa!firdaus kenal lg ana?kursus kt melaka dulu.tahniah laman web cantik.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam PErkenalan.
ReplyDeleteBagus sangat perkongsian dan pendedahan tentang seni Islam yang hebat ini. Saya peminat khat juga. Cuma nak bertanya kalau kidal boleh ke blajar khat? Sbb us saya cakap dulu kalau kidal tak yah belajar lah! Terbantut minat seketika..
Wa'alaikumussalam, terima kasih, kidal boleh sahaja belajar khat, ada ramai pakar yang menulis dgn menggunakan tangan kidal, ada kawan sy seorang pakar dalam khat juga kidal, iaitu saudara Che Ilham dari kelantan.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteRamai orang masih kabur lagi tentang khat ini. Alhamdulillah kerana anda sanggup membuat laman ini.Tahniah ye, kerana berkongsi dengan kami
Assalamualaikum...mohon izin untuk kongsikan isi berkaitan dalam posting tuan ini...seni khat dan sebagainya
ReplyDelete