Sabda Rasulullah S.A.W:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Hadis diriwayatkan oleh Muslim
Makna hadith:
“Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya di dunia dan akhirat”.
PENGENALAN KHAT FARSI
Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan Azerbaijan.
Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian menamakannya khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.
Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.
Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.
Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com
Hak Cipta | Copyright Notice
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.
All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.
Ma shaa Allah, you are so creative,
ReplyDeletegood bless you Mr. Mohammad, I hope to you all the best in serving Islam.
I am Mansour, Libya
Syukran Mansour for visiting my blog, Alhamdulillah, haza min fadhli rabbi...:) syukran akh...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSalam perkenalan, semoga berterusan usaha murni ini.
Saya nak tanya khat tugra apakah kaedah yang digunakan?
terima kasih
hazemgms@gmail.com
Wa'alaikumussalam, slaam perkenalan juga dari saya, tugra ni biasanya org melayu kata khat jantung, sbb bentuknya seakan jantung...dan jenis yg digunakan adalah khat tugra itu sendiri, ianya mempunya pengaruh atau kesinambungan dari khat thuluth, nasakh, dan diwani
ReplyDeleteabang pakai software apa utk buat kaligrafi ini?
ReplyDeletewell done, Firdaus.
ReplyDeleteabc - sy tidak menggunakan apa² software utk kaligrafi sebab sy menulisnya by hand, harap maklum ;)
ReplyDeleteAhmad hilmy - terima kasih bang ;)
Salam! Masha Allah Urdu is Pakistan's National language and Nastaleeque is our official Khat.
ReplyDeleteLove from Pakistan. Great work.
Assalam alaik,bro firdaus.
ReplyDeleteKalau ada masa,minx tlg tunjukkan perbezaan huruf mengikut jenis2 khat. Ana agak keliru,cth huruf ر khat farsi dan riq'ah.
Syukran jazilan
Assalamualaikum. Saya mohon izin untuk menggunakan maklumat khat farsi ini bagi tugasan kelas saya. Mohon halalkan ilmu encik, terima kasih :)
ReplyDelete-nur athirah