Pages

Saturday, June 16, 2007

Sejarah Ringkas Seni Khat


"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati" – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat.

Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan sarwajagat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.

Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.

Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan.

Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.

Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.

Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.

Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.
 

Sumber : Portal Ejawi


Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

19 comments:

  1. yg sy x thn bhg intro tuh...power ayat tuh...mencengkam jiwang n menusuk kalbun org yg rabun seni cam sy...hehe

    ReplyDelete
  2. Di mana boleh kita belajar seni Khat?

    ReplyDelete
  3. khat best...tapi tangan still keras...

    ReplyDelete
  4. maaf mo tanya, buku tentang sejarah khot diwni dapat diteukan dmn ya?

    ReplyDelete
  5. SALAM SYEKH..IZINKAN ANA SHARE MAKLUMAT NIE OK..SHUKRAN JAZILAN.

    ReplyDelete
  6. sy ingin brkongsi ttg sjrah khat..bolehkah sy mgguna pakai semua catatan dan gmbr tersebut dalam blog anda?

    ReplyDelete
  7. Silakan berkongsi, saya cuma mohon sumber diletakkan sekali ya

    ReplyDelete
  8. saya mohon guna maklumat diatas untuk assignment saya...

    ReplyDelete
  9. Saya minta izin untuk mgunakan info di ats ni utk rujukan kerje saya. Terima kasih pemilik blog :)

    ReplyDelete
  10. salam . saya nak minta izin gunakan info ni sbg rujukan for my assignment. Tq :)

    ReplyDelete
  11. Sy share ya tuan. Sy akan letakkan sekali sumbernya.

    ReplyDelete
  12. ustaz saya minta izin untuk membaca dan menjadiakn ianya sebagai bahan rujukan assignment saya...saya begitu tertarik dengan ungkapan dan kata2 yang di ungkapkan ustaz bergitu puitisnya indah bak bulan purnama..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum, izinkan saya menggunakan sedikit maklumat beserta gambar untuk kegunaan assignment ya. sumber juga akan saya sertakan..terima kasih.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, izinkan saya menggunakan sedikit maklumat beserta gambar untuk kegunaan assignment ya. sumber juga akan saya sertakan..terima kasih.

    ReplyDelete
  15. nak minta izin untuk dijadikan bahan rujukan

    ReplyDelete
  16. Saya nk berkongsi catatan ini ya
    Nanti saya letakkan link blognya sekali

    ReplyDelete
  17. Minta izin untuk ambil sedikit fakta dan huraian dalam ini. Nanti saya sertakan nama blognya sekali

    ReplyDelete
  18. saya minta izin utk menggunakan info di atas, terima kasih, semoga ilmu kaligrafi tidak dilupakan

    ReplyDelete
  19. salam mohon untuk menyebarkan sejarah seni khat kepada pelajar.

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.