Pages

Tuesday, April 17, 2007

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam

Masa proses menulis nama (tengah beratur panjang tu, saya tulis dewani sahaja, mudah dan cepat, dan nampak menarik)

Bergambar bersama pelajar Malaysia yang melawat pameran ni dan juga part-timer di booth Malaysia dari kiri Khairudin (Melaka) depan dia budak tu tak kenal, pastu In Shil (translator untuk saya), Jasmin (Pahang) dan Arizza (Negeri Sembilan)

Begambar bersama peserta pameran dari kiri tu dari Oman, Tunisia, Tunisia, Oman, dan saya Malaysia

Ni gambar kawasan On-Site Demonstration (tempat saya kat tengah tu)

Gambar depan Dewan Konvensyen

Gambar ni dikirim oleh pihak KOMEA (masuk dalam siaran TV utama di sana iaitu SBS Korea), gambar semasa Perasmian Majlis.


Assalamualaikum semua sahabat...Alhamdulillah berjaya juga nak posting di sini...ini sedikit berita ringkas dari saya semasa membuat pameran dan demonstrasi Seni Khat di Korea Selatan yang mana berlangsung pada 9 hingga 14 Oktober yang lalu. Pameran ini yang bertajuk "Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam" dianjurkan oleh pihak Korea Middle East Association (KOMEA - http://www.komea.or.kr) yang berlangsung di COEX Convention Hall, Seoul, Korea Selatan. Pameran ini diadakan adalah dengan tujuan untuk memperkenalkan Islam dan budaya Islam di kalangan rakyat Korea terutamanya. Sepertimana yang diberitahu, 80% dari kalangan rakyat Korea tidak mempunyai agama, kebanyakan mereka hanya menjadikan agama sebagai satu budaya sahaja. Justeru, dengan adanya pameran ini adalah untuk menarik perhatian kepada rakyat Korea itu sendiri untuk kenal Islam dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, pameran ini bagi saya terlalu berjaya, sekembalinya saya ke Malaysia, saya telah diberitahu oleh pihak KOMEA sendiri iaitu Dr. Shin, Gyu-Seob (Pengarah bahagian Kajian Budaya KOMEA dan juga Pensyarah di Hankuk Universiti dalam bidang Pengajian Luar) dan juga merupakan penyelaras bagi peserta pameran, dia mengatakan melalui post-mortem yang dilakukan selepas selesai pameran ini ianya mencapai objektif yang dikehendaki. Melalui apa yang saya lihat, terlalu ramai pengunjung yang melawat pameran ini dan adakalanya seperti di pasar malam, terlalu sesak, saya pun terperanjat dengan sambutan yang amat menggalakkan ni.

Mengenai pameran khat yang saya buat di sana, saya mempamerkan sebahagian karya-karya saya yang pernah dibuat dan demo menulis menggunakan kayu resam, batang buluh, dan kayu ijuk. Pengunjung amat mengagumi akan kesenian Khat ni, Alhamdulillah sepanjang pameran ini saya diberi gelaran exhibitor paling terkenal kerana pengunjung terlalu ramai di tempat pameran saya. Saya membuat perkhidmatan menulis nama-nama mereka, dengan itu sampai beratur panjang dan adakalanya tak terkawal. Alhamdulillah, pihak penganjur mengadakan sistem kuota, iaitu sehari saya menulis 100 nama, terlalu banyak tu, sampai naik lenguh tangan dibuatnya. Tapi tak mengapa, sambil menulis sambil berlatih. Sepanjang seminggu di pameran ini saya hanya duduk dan menulis sahaja, tak sempat nak melawat-melawat. Pameran ni diadakan dari pukul 11.00 pagi (10.00 pagi waktu Malaysia) dan habis pada pukul 7.00 petang (6.00 petang waktu Malaysia). Sepanjang berada di sana banyak pengalaman yang saya dapat dan sempat berkenalan dan menginap di rumah sewa student Malaysia di sana. Pelajar Malaysia yang saya kenal adalah melalui pameran ini juga, ada beberapa orang yang buat part-time dengan menjaga booth Malaysia iaitu terletak tidak jauh dari kawasan pameran saya. Rasanya sampai ini dulu yang mampu saya tulis, bersama ni saya sertakan sekali beberapa gambar sepanjang berada di sana.

“Majulah Khat Untuk Negara – Bersama Memartabatkan Seni Khat Islam”

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com


Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

17 comments:

  1. Tahniah saudara Firdaus!!Teruskan usaha murni anda!

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ustaz, sampai ke luar negara jemputan pameran ya? ada kemana-mana lagi ke selepas ni?

    ReplyDelete
  3. Syukran, anonymous...diharapkan dapat meletak nama sebenar untuk komen, bukan apa...sekadar untuk mengenali empunya diri...terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih fastabiq...untuk pameran akan datang, insyaAllah 6-9 September ni sy akan ke Singapura, ada jemputan untuk mengadakan pameran dan demo di Singapore Expo, Changi sempena pameran "One World Many Cultures" anjuran Jamiyah Singapura. Doakan kejayaan sy di sana nanti...amin :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah saudara firdaus,bawalah nama Malaysia dengan baik di sana nanti...alfu mabruk!!

    ReplyDelete
  6. Tahniah saudara Firdaus, semoga usaha ini berjaya. Boleh saya dapatkan email saudara utk tgk gambar-gambar lain di friendster. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. (Adam) Terima kasih, saudara boleh dapatkan email sy sepertimana yang tertera di ruangan biodata :) sila tinggalkan link anda utk sy lawati...terima kasih

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH LA EK..
    AKU SBG X-STUDENT SMAKJ, MJ N USIM TURUT BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN KO..
    MAJULAH KHAT TK NEGARA.HEHE

    ReplyDelete
  9. assalamualikum firdaus
    sangat tertarik dengan hasil kerja anda mungkin satu hari nanti karya anda dapat dipertingkatkan lagi ke bentuk warna warni dan kompleks..

    from
    HAFIZWIRA KLIA

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. assalamualikum firdaus
    sangat tertarik dengan hasil kerja anda mungkin satu hari nanti karya anda dapat dipertingkatkan lagi ke bentuk warna warni dan kompleks..

    from
    HAFIZWIRA KLIA

    ReplyDelete
  12. masyaAllah.... duta2 islam di mana2 :)
    tahniah...

    nak ajak perform bila2 dengan seni khat.. ana ada idea

    Muadz

    ReplyDelete
  13. Terima kasih akh Muadz :)
    Alhamdulillah, Islam ada di mana² shj :)

    good idea tu akh...kalau berminat bolehla email pd ana :)
    keep in touch! :)

    ReplyDelete
  14. tahniah utk ko lah firdaus...

    senang2 dtglah smakj beb.. buat pameran kat sini pulak. jgn lupakan smakj.....ibnSiman SMAKJ

    ReplyDelete
  15. Anonymous - InsyaAllah ustaz, bila berkelapangan sy mahu juga ke sana, buat bengkel ;) tapi ada pakar dah di smakj skrg, kamarul arifin :)

    ReplyDelete
  16. TAHNIAH FIRDAUS ENTA MEMANG HEBAT, TAK SANGKA BLEH PERGI JAUH. HELMI MIAN

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, En. Firdaus Mahadi bolehkah saya menggunakan artikel ini sebagai sumber rujukan pengajian ?

    ReplyDelete

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Facebook : http://www.facebook.com/firdausmahadi
Instagram : https://www.instagram.com/firdausmahadi
Twitter : https://www.twitter.com/firdausmahadi
YouTube : https://youtube.com/user/firdausmahadi

Hak Cipta | Copyright Notice

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan dan hak cipta Callidesign. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership and copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.