Pages

Me and Maher Zain

Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.

Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.

Exhibition at South Korea

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.

Memartabatkan Seni Khat

Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.

Kuala Lumpur Design Week

Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.

Thursday, December 12, 2013

Bersama Tokoh Seni

 Khattat Malaysia - Abdul Baki Abu Bakar

Khattat Turki - Dawood Bektas

Khattat Turki - Dawood Bektas, Mumtaz Durdu dan Ferhat Kurlu

 Khattat Syria - Adnan Sheikh Osman

 Khattat Mesir - Ahmed Hassan Elhawany

 Khattat Turki - Ferhat Kurlu

 Khattat China - Haji Mi Noor Deen

 Khattat Palestin - Ihab Ibraheem

Khattat Syria - Ubaidah al-Banki (Penulis Mushaf Qatar)

 Khattat Jepun - Prof. Fuad Kouichi Honda

Khattat Iraq - Ziyad Al-Muhandis

Khattat Indonesia - Isep Misbah & Kurnia Agung Robiansyah

Artis Grafiti United Kingdom - Mohammed Ali (AerosolArabic)

Tokoh Seni Indonesia - Prof AD Pirous

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tuesday, December 10, 2013

Tokoh Seni Khat : Hashim Muhammad Baghdadi Rahimahullah

Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni khat pada tahun 1363H/1943M.

Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M), dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.

Hashim kemudian pergi ke Istanbul, di mana dia berkenalan dengan tokoh seni khat terkenal Turki, Musa Azmi atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, yang telah memberinya dua penghargaan sebagai pengganti ijazah, yang pertama pada 1370H/1950M dan yang kedua pada 1372H/1952M. Pada majlis anugerah yang kedua, Hamid al-Amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis Seni Khat Terbaik dalam dunia Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim "Kesenian Seni Khat Islam bermula di Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salaam". Selama empat tahun, sejak 1375H/1955M, beliau belajar dengan Macid Ayral yang datang dari Baghdad ke Istanbul dan dari situ banyak sekali manfaat diterimanya. Gaya penulisan beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik Baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Beliau juga dikenali sebagai antara khattat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth.

Hashim dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad pada 1380H/1960M sehingga beliau dilantik menjadi ketua bahagian Dekorasi dan Seni Khat sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Keindahan Seni Khat di Turki sangat mempengaruhi dirinya, beliau sangat mengagumi karya Hafiz Osman, Muhammad Shauqi, Haci Ahmed Kamil Akdik, dan Hamid al-Amidi. Kekagumannya kepada karya-karya Mustafa Raqim juga begitu besar, sehinggakan beliau menamakan anaknya dengan Mustafa Raqim dan memanggil dirinya sebagai Abu Raqim. Semasa di Istanbul, Hashim kerap kali mengunjungi khattat Necmeddin Okyay, yang memiliki pelbagai koleksi seni khat dari khattat ternama.

Selain itu, Hashim juga menjadi orang penting dalam penerbitan semula Mušhaf al-Awqaf, yang diterbitkan pertama kali oleh kerajaan. Ia adalah mushaf seni khat yang sangat indah diterbitkan pada tahun 1236H/1821M yang ditulis oleh khattat Turki, Muhammad Amin Ar-Rusdi (abad ke 13H/19M). Mushaf ini diberikan oleh Pertevniyal, ibu dari Sultan Abdulaziz, kepada Masjid Imam Besar Al-Nu’man Bin Tsabit, yang dikenal sebagai Abu Hanifah. Hashim membaik pulih awal mushaf tersebut, meletakkan nombor ayat yang hilang, menulis nama surah-surah Al-Quran, menata jumlah hizb, juz, dan ayat-ayat as-Sajadah dengan menyesuaikannya mengikut selera Arab. Karya-karya seni khat Hashim banyak dijadikan perhiasan masjid-masjid dan bangunan-bangunan di Baghdad serta bandar-bandar lain sekitarnya. Kebanyakannya adalah karya dalam Khat Thuluth Jali dan diperbuat menggunakan marmar. Karya-karya beliau banyak terdapat di masjid-masjid terkenal seluruh Iraq, seperti dalam Masjid ‘Al-Qadir Abd al-Jilani, Masjid Haiderkhana, Masjid Almuradia, Masjid al-Shahid, Masjid Bunia dan Masjid Hajj Mahmud. Beliau juga adalah pereka bagi nota bank dan syiling untuk Iraq, Tunisia, Maghribi, Libya dan Sudan.

Pada tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku qawaid dan koleksi khat beliau yang bertajuk "Qawa'idul Khattul 'Arabi" (Kaedah Penulisan Khat Arab). Buku ini telah memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia seni khat, kerana ia telah digunakan sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar serta khattat dari seluruh dunia. Hashim al-Baghdadi meninggal pada 27 Rabi’uI Awwal 1393H bersamaan 30 April 1973 di Baghdad dan dimakamkan di Pemakaman Khayzuran. Sepanjang hidupnya, beliau hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.

Beliau merancang untuk menulis al-Qur'an dalam gaya penulisannya yang tersendiri, tetapi beliau meninggal dunia sebelum selesai menyiapkan projek. Sebuah koleksi yang mengandungi karya terbaru beliau telah diterbitkan semula di Baghdad pada tahun 1978.

Diterjemahkan dari: Waleed al-’A'zami, Tarajimu Khattati Baghdad el-Muassirin, Beirut 1977, p.254-75.

Berikut antara tulisan beliau yang terdapat dalam bukunya "Qawa'idul Khattul 'Arabi":

Alhamdulillah, bersyukur kerana saya mula belajar dan kenali Seni Khat dari bukunya yang masyhur itu, semoga pada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini dapat pelbagai manfaat darinya. Sedekahkan al-Fatihah buat khattat Hashim Muhammad Baghdadi Rahimahullah, semoga segala usaha almarhum dalam Seni Khat sentiasa segar dari satu generasi ke generasi yang lain.

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Sunday, December 1, 2013

Buletin Utama TV3

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk kemaskini blog dengan aktiviti saya dalam bidang Seni Khat ini, agak lama rasanya tidak kemaskini dengan berita-berita mengenai Seni Khat kerana agak sibuk menyiapkan tempahan-tempahan khat yang menunggu. Untuk pengetahuan umum, pada 16 Ogos 2013 yang lalu telah ke udara temuramah oleh pihak Buletin Utama TV3, bertajuk 'Seni Khat Sebagai Medium Dakwah', mengenai aktiviti saya dalam bidang Seni Khat, temuramah dibuat pada pertengahan Ramadhan yang lalu di rumah/studio saya, pada mulanya agak segan untuk menerima namun saya terima juga pada saat akhir. Saya berkongsi video temuramah tersebut, semoga ia menjadi asbab kepada kebaikan dan dapat menimbulkan minat terutamanya buat golongan belia :)

Semoga pada sesiapa sahaja yang ada menontonnya dapat manfaat darinya. Doakan saya berterusan bersemangat serta berusaha memanfaatkan kemahiran dan keistimewaan yang dipinjamkan sementara oleh Allah dengan sebaik-sebaiknya.