Pages

Me and Maher Zain

Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.

Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.

Exhibition at South Korea

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.

Memartabatkan Seni Khat

Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.

Kuala Lumpur Design Week

Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidurrasul 1434 Hijrah

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."
(Surah At-Taubah : 33 / Surah As-Sof : 9)

Hak Cipta | Copyright Notice
Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign™. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign™. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Monday, January 7, 2013

Ritma Johor II

1) PENGENALAN RITMA JOHOR II : SPONTAN

Ritma Johor adalah gambaran dan imej khusus tentang keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi mitosnya, mahupun sejarah atau budaya 1 Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang.

Ritma Johor II pula, menekankan kepada aspek pembangunan, ekonomi dan kemajuan yang dicapai oleh Negeri Johor semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga kini yang mana dapat dikagumi oleh rakyatnya dan di seluruh Negara umumnya.

2) OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni atau pengkarya.
2. Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni tampak yang mampu mendokumentasikan sejarah dalam bentuk seni visual.
3. Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.

3) KATEGORI PERTANDINGAN SPONTAN

A. Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

B. Fotografi
Fotografi yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dan peserta hendaklah mengambil gambar di sekitar negeri ini mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Karya siap tidak akan diterima. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan teknik fotografi 100% tanpa menggunakan atau menambah penggunaan aplikasi digital. Segala keperluan untuk mengambil gambar adalah di atas tanggung jawab peserta dan pertandingan akan berlangsung selama 5 jam. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

C. Seni Khat : Catan
Karya Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan contohnya seperti kata-kata hikmah/semangat daripada Sultan / Pembesar Johor atau apa sahaja yang bentuk karya yang berdasarkan tema. Karya tersebut hendaklah menggunakan penulisan khat dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran tidak kurang 90cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm. Penggunaan bahan dan teknik adalah bebas dan segala keperluan hendaklah di bawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 19 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

D. Seni Khat: Penulisan
Pertandingan ini adalah pertandingan menulis Seni Khat secara spontan selama 3 jam. Pihak penganjur akan menyediakan kata-kata untuk penulisan tersebut dengan jenis-jenis penulisan khat yang akan ditetapkan. Kertas bersaiz A3 akan disediakan oleh pihak penganjur manakala segala kelengkapan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta. Tarikh pertandingan adalah pada 20 Januari 2013 jam 8.30 pagi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan sila hubungi urusetia di:

Ritma Johor II (Spontan )
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07–2263266 / 0176836323 (Lisa) / 019-9959966 (Ely)
Fax : 07–2260728
Email : lisaywj222yahoo.com.my

Dikir Zikir TVAlhijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, pada hari Khamis 17 Januari 2013 yang lalu, diberi kesempatan untuk bersiaran di program Dikir Zikir TVAlhijrah (Episod 3 Musim ke 4) sebagai tetamu jemputan. Rancangan ini saya biasa ikuti pada setiap minggu bermula dari episod pertama lagi, dan ianya punya tarikan yang tersendiri dengan tazkirah-tazkirah oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kepada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani) diselangi dengan lantunan zikir-zikir yang dilagukan oleh kumpulan UNIC dan saudara Alwi Hadad yang terkenal dengan alunan dikir Kamaressyah bersama kumpulan perkusi yang turut memeriahkan lagi rancangan dengan alunan muzik yang mengasyikkan. Berikut adalah video promsi bagi episod yang saya terlibat:  

Terima kasih kepada team Dikir Zikir yang beri peluang ini yang pada mulanya saya seakan terpaku dengan tawaran yang diberikan oleh penerbit, kerana pada umumnya rancangan sebegini tetamu jemputan biasanya adalah di kalangan munsyid mahupun karyawan seni muzik yang lain. Berikut saya kongsikan beberapa gambar sepanjang proses rakaman.

Antara perkongsian yang saya beri seiring dengan tajuk iaitu "Turuti kejahatan dengan kebaikan" bermula dengan rumusan akan keterlibatan saya dalam bidang seni khat ini secara serius, serta jenis-jenis cabaran yang dihadapi sepanjang keterlibatan saya di dalam bidang Seni Khat ini. Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa sepanjang rancangan tersebut dapat dilihat positif dan dimanfaatkan oleh penonton, serta dapat menjadi panduan buat rakan-rakan seperjuangan saya. Doakan saya dan rakan-rakan berterusan bersemangat serta berusaha memanfaatkan kemahiran dan keistimewaan yang dipinjamkan sementara oleh Allah dengan sebaik-sebaiknya.

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Sunday, January 6, 2013

Assalamualaikum TVAlhijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, pada hari Sabtu 5 Januari 2013 baru-baru ini, saya telah dijemput untuk bersiaran langsung di program bual-bicara Assalamualaikum; TVAlhijrah bagi membicarakan topik berkenaan 'Karya Seni Khat : Sumbangan Untuk Gaza". 

Gambar oleh Kas Hariz

Antara perkongsian yang saya beri adalah rumusan akan keterlibatan saya dalam bidang seni khat ini secara serius, serta bagaimana karya-karya seni khat ini dapat membantu pada aktiviti sumbangan Gaza. Sebagai seorang penulis khat yang juga pengkarya seni, topik ini dilihat sebagai refleksi pada diri sendiri juga pada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Semoga hasil penjualan karya-karya kami (pengkarya seni khat) serta kempen-kempen yang dilakukan dapat dilihat positif oleh masyarakat terutamanya, kerana penulisan juga adalah salah satu cabang dakwah dalam Islam, iaitu dakwah bil-kitabah. Doakan kami berterusan bersemangat serta berusaha memanfaatkan kemahiran dan keistimewaan yang dipinjamkan sementara oleh Allah dengan sebaik-sebaiknya.

Mohammad Firdaus bin Mahadi

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Pagi Malaysia RTM1

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh,

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk kemaskini blog dengan aktiviti saya dalam bidang Seni Khat ini, agak lama rasanya tidak kemaskini dengan berita-berita mengenai Seni Khat kerana sebelum ini saya agak sibuk dengan urusan belajar dalam bidang sarjana. Untuk pengetahuan umum, pada tahun 2012 saya diberi peluang dan kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman serta mengajar asas Seni Khat di slot khas Seni Khat & Jawi dalam rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia RTM1. Ianya berlanjutan hampir 20 minggu dan maklum balas yang diterima umum adalah amat baik. Berikut disertakan beberapa gambar sebagai proses dokumentasi.

Semoga pada sesiapa sahaja yang ada menontonnya dapat manfaat darinya. Doakan saya berterusan bersemangat serta berusaha memanfaatkan kemahiran dan keistimewaan yang dipinjamkan sementara oleh Allah dengan sebaik-sebaiknya.