Pages

Me and Maher Zain

Maher Zain and me during his concert in Malaysia, with my artwork his name in Diwani Jali style.

Al-Aqsa - Form Of The Doa Exhibition

Alhamdulillah, I was given the trust and the opportunity to produce an artwork using the rarest medium; old 4mm-thick Aluminum sheets retrieved from Dome Of The Rock in al-Aqsa, Jerusalem,Palestine.

Exhibition at South Korea

Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam.

Memartabatkan Seni Khat

Featured in Metro Ahad, 9 Januari 2011.

Kuala Lumpur Design Week

Collaborative artwork between Moed Latif's oriental illustration and Firdaus Mahadi's calligraphy 'Kreatif'.

Friday, October 24, 2008

Tutorial 3 : Khat Nasakh

HURUF د، ذ، ر، ز

Alhamdulillah, dapat juga saya paparkan tutorial terbaru untuk Khat Nasakh kali ini, iaitu huruf "dal", dan serupa juga dengan kaedah penulisan huruf "dzal". Untuk kaedah huruf ini, tidak begitu susah untuk mula menulisnya kerana huruf "dal" dan "dzal" merupakan kaedah yang termudah dalam Khat Nasakh selain huruf "alif". 5 peringkat penulisan huruf "dal" dan "dzal" ini sepertimana gambar di atas. Kaedah pertama dengan membentuk kepala huruf, dengan dilengkongkan sedikit, asas ini penting untuk menulis huruf ha' (هـ), yang mana saya akan paparkan nanti mengikut susunan tutorial, insyaAllah. Kaedah titik dalam sesuatu penulisan dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap dan teratur, kerana apabila ada pengulangan huruf yang sama, ianya akan menjadi sekata.

Cuba tulis langkah demi langkah, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, bagi huruf ro dan zai, saya ada buat potongan skit pada ekornya utk menunjukkan fasa terakhir itu adalah langkah yg agak sukar sikit. Untuk buat bahagian ekor, biasanya bagi yang baru mula belajar, digalakkan untuk melukis, kalau dah biasa nanti boleh terus sambung, lembutkan tangan masa menulis, jangan terlalu menekan, rosak mata pen nanti.

Sampai di sini sahaja untuk tutorial ini, andaikata ada pertanyaan mengenai tutorial ini, bolehlah diajukan kepada saya, insyaAllah saya sedia membantu. Asta'zin.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tutorial 2 : Khat Nasakh

ج،ح،خHURUF
Berikut adalah cara-cara yang terdapat dalam kaedah penulisan bagi huruf jim, ha, kho, dan ca.
Cuba tulis dengan mengikut langkah satu-persatu, dan setiap kali nak masuk ke langkah seterusnya, rehatkan tangan sebentar, dan jangan angkat mata pena, kemudian teruskan ke langkah seterusnya hingga akhir, saya ada buat potongan huruf di sini untuk menunjukkan fasa terakhir tu adalah langkah yg agak sukar, untuk buat ekor, perlu ada keserasian dari sambungan atasnya.

Mohammad Firdaus bin Mahadi
http://www.callidesign.com.my
http://www.firdausmahadi.com

Hak Cipta | Copyright Notice 

Semua catatan dan gambar dalam laman ini berada di bawah pemilikan & hak cipta Callidesign ™. Tidak ada karya seni, catatan, dan gambar dapat dipergunakan, dimuat turun, disalin, disimpan, dimanipulasi, atau digunakan secara keseluruhan atau sebahagian dari karya, tanpa izin bertulis dari Callidesign ™. All rights reserved. Jika anda ingin menggunakan catatan dan gambar untuk alasan apapun, sila hubungi saya.

All notes and images on this site are under the ownership & copyright of Callidesign. No artworks, notes, and images may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Callidesign. All rights reserved. If you'd like to use my notes and images for any reason, please contact me.

Tutorial 1 : Khat Nasakh

HURUF ا، ب، ت، ث

Sebagai permulaan tutorial, saya akan mulakan dengan tutorial Khat Nasakh dengan belajar kaedah menulis huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. Cara ini dapat memudahkan penulis-penulis baru untuk mencuba.

Di atas saya tunjukkan step dari arah mana perlu bermula untuk mula menulis huruf alif dan ba, juga cara sebutan hurufnya saya letakkan sekali bagi tujuan pembelajaran jawi.

Huruf ba, ta, dan sa, bentuknya sama, yang membezakannya adalah titik, dan titik itu ditulis sama besar dengan mata pena yang digunakan, maknanya kelebarannya perlu sama, contoh di atas boleh dilihat dengan jelas.

Garisan putus-putus itu mewakili satu garis panjang, di mana perlu meletakkan huruf tu apabila ditulis dalam satu ayat panjang.

Bermula dengan menulis kaedah huruf adalah baik sebelum menulis satu ayat penuh, penulis perlu melakukan banyak latih tubi bagi memahirkan dan melicinkan perjalanan penulisan, selamat mencuba, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat menarik minat semua untuk mempelajari Seni Khat :)

InsyaAllah tutorial ini akan dibuat berperingkat-peringkat, seandainya masa mengizinkan, jika ada yang berminat atau inginkan pertanyaan bolehlah bertanya pada saya.