Khat Farsi
Sabda Rasulullah S.A.W:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Hadis diriwayatkan oleh Muslim
Makna hadith:
“Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya di dunia dan akhirat”.
PENGENALAN KHAT FARSI
Masyarakat
Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang
Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.
Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.
http://www.callidesign.
http://www.callidesign.com.my/forum
http://www.firdausmahadi.com
http://www.flickr.com/




